MAHATHIR OH MAHATHIR..
* Dia pernah bawa kemajuan, tapi dia juga pernah hina janggut Nabi.
* Dia pernah kata “Malaysia negara Islam” tapi dia juga pernah kata hukum Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk
* Dia pernah bawa konsep “Malaysia Boleh”, tapi dia juga yang buat polisi penghapusan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik kerana katanya remaja Malaysia tidak pandai berbahasa Inggeris.
* Dia pernah perkenal sistem kuota dalam pemilihan UMNO, tapi kini dia juga sokong hapuskan sistem kuota
* Dia pernah bawa masuk Anwar Ibrahim dan Isa Samad, tapi dia juga yang menolakdan membuang keduanya.
* Dia bawa Samy Velu ke dalam BN, kini dia tak mahu Samy Velu terus memegang jawatan Presiden MIC (Samy akan pecah rekod guiness menjadi Presiden parti politik palng lama dalam Malaysia, mungkin dalam dunia, jauh lebih lama dari Tun)
* Dia pernah itu..dan pernah ini….dan 1001 macam lagi kalau kita hendak ulas.
Sebagai rakyat Malaysia, kita rasa cukuplah Tun buka mulut secara terbuka walaupun kita tidak menghalangnya berbuat demikian. Jangan sampai nanti jasanya dulu tidak dihargai lagi oleh rakyat Malaysia. Kalau Tun ada cadangan untuk UMNO atau negara, sampaikanlah terus pada anak-anak buahnya dalam BN. Jika tidak, ia hanya merugikan BN. Tun boleh menjadi liabiliti kepada BN, bukan sahaja Samy Velu yang dikatakan liabiliti kepada BN. Kekalahan BN 1999 adalah kerana Tun. Kekalahan BN dalam 2008 juga kerana warisan yang ditinggalkan oleh Tun.
Kalau Tun terus campurtangan dalam politik negara, khususnya, dalam UMNO dan BN, Tun akan menyaksikan kejatuhan BN seterusnya dalam PRU ke 13. Tun akan menjadi ‘living liablity’ kepada BN.
Kalau Tun ada cadangan yang baik untuk rakyat, eloklah ia sampaikan dalam blognya atau secara terbuka dalam media tanpa mengaitkannya dengan kepentingan politik mana-mana parti parti tetapi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Bekas Presiden Amerika, seperti Henry Ford, Jimmie Carter, Ronald Reagan, dan George Bush pun tidak campur tangan dalam politik Amerika secara terbuka selepas bersara. Tun tidak payah tiru macam Lee Kuan Yiew. Lee Kuan Yiew buka juga mulut tetapi dia tidak hentam kerajaan Singapura yang diperintah oleh anaknya. Dia juga tidak membuat kenyataan terbuka mengkriktik parti pemerintah. Tapi Tun hentam keromo ikut suka sahaja. Masa zaman Pak Lah pun Tun hentam. Masa zaman Pak Najik pun, Tun hentam juga.
Seterusnya, eloklah Tun, bertaubat dari dosa-dosanya lampau, samada yang Tun sedar atau tidak sedar, samadanya yang langsung atau tidak langsung. Di hujung umur senja ini, eloklah Tun banyak bertasbih, bertahmid, dan bertakbir. Juga membuat banyak amal soleh dan kebajikan bagi menampung kekurangan agar dapat bawa bekalan secukupnya untuk bertemu dengan Allah SWT di padang mahsyar kelak. Tun harus ambil iktibar dari orang-orang yang terdahulu daripadanya yang pernah berada dalam nazak. Tun masih ada masa lagi untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lampau.
Namrud tidak sempat bertaubat. Firaun tidak sempat bertaubat. Abu Jahal dan Abu Lahab tidak sempat bertaubat. Kamal At-Tartuk tidak sempat bertaubat. Apakah Tun akan termasuk dalam golongan ini?
Wahai Tun, eloklah berehat, cukuplah. Tumpukan hari-hari seterusnya untuk bertemu Allah dalam keadaan yang berserah diri pada Allah bukan sahaja jasadnya tetapi jiwa, mental, dan imannya. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada Tun. (sumber)
ERTI SEBENAR HARI RAYA..
Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:
1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan
3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala
Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.
Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.
Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.
Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.
Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka.
Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.
Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.
Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.
Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.
Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak. Amin..
AYAH DAN IBU..ITULAH PERMULAAN KAMI..
Memang ada yg masih mempunyai ayah dan ibu tapi tak pernah mencium pipi ayah dan ibunya. Alangkah malangnya kita jika sepanjang hidup selepas kita cukup umur,kita tak pernah mencium pipi mak ayah kita. Adakah kita rasa jijik atau malu atau tak sampai hati mencium pipi kedua mereka?
Sempena Aidil fitri ini cubalah kita melakukan kebaikan ini. Jangan sampai nanti bila tubuh mak ayah kita terbaring kaku tanpa nyawa baru kita nak cium pipi mak ayah kita. Tunjuklah kasih sayang kita kepada kedua mereka semasa mereka masih hidup lagi.
Jgn pula ada yg hanya mengirim lagu hari raya yg dinyanyikan oleh Siti, M.Nasir, Mamat, Sudirman dan lain2 lagi (sekadar menyebut beberapa lama) tapi tak pernah seumur hidup untuk mengirimkan bacaan Ayat2 suci Al-quran pada mak ayahnya. Lagu raya tak mampu nak menyelamatkan mak ayah kita. Ubah cara sambutan hari raya kita dengan mengirimkan doa dan alunan zikir dan bacaan ayat suci Al-quran, kerna ini lah yg menjadi penyelamat kita dan ibu ayah kita.
tinggalkan budaya "tuju lagu" kepada budaya tuju doa dan bacaan al-quran.
Bagi yg berminat sangat telefon stesen radio untuk sampaikan lagu raya pada mak ayah dan kenalan, baik tukarkan budaya ini. kirimkan bacaan surah al-Baqarah la pulak. Baru terkejut beruk DJ yg bertugas. Berpeluh ketiak dia mencari CD bacaan A-Quran.
Tentu anda pernah terfikir bukan ?
Oleh itu marilah kita sama2 merenung dan mengambil iktibar.
Terlebih baik kita mendengar apa yg diucapkan oleh Luqman kepada Anaknya.
Antara Wasiatnya yg terdapat dalam Al-quran adalah :
WASIAT (NASIHAT) LUQMAN KEPADA ANAKNYA:
Dan Kami wajibkan manusia taat kepada ibu dan bapa. Ibunya telah mengandungkannya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (Kami perintahkan ) : Hendaklah engkau bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, kepada Ku jua tempat kembali.
Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan Aku (dengan sesuatu) tanpa ada,pengetahuanmu kepadanya,maka janganlah engkau taati keduanya, dan pergaulilah keduanya didunia dengan baik. Turutlah jalan orang yg kembali kepadaKu, kemudian kepadaKu lah kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yg telah kamu kerjakan.( Ayat 14 dan 15 surah Al-Luqman)
Pelbagai pendapat ahli tafsir mengenai sejarah Luqman yg kisahnya disebut dalam Al-quran. Ada yg menyatakan dia adalah seorang Nabi pada masa Isa dengan Nabi Muhammad S.A.W., dan ada yg menyatakan beliau seorang wali Allah pada zaman Bani Israil dan lain2 pendapat. Tetapi pa yg paling penting Lukman adalah seorang yg diberi Allah "HIKMAH" dan termasuk dari golongan yg beriman kepada Allah.
Apa pun saya dengan penuh kerendahan hati dengan ini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFIRI AL-MUBARAK kepada seluruh muslimin dan muslimat.
MAAF ZAHIR BATIN.
Semoga Kejayaan kita menghidupkan malam2 Ramadhan akan berterusan untuk menhidupkan malam Aidilfitri dengan takbir tahmid dan zikir pada Allah. InsyaAllah Hati kita tidak akan mati pada waktu matinya hati.


Search Engine Optimization and SEO Tools





TAZKIRAH RAMADHAN..
Kisah 1 :
Kisah seorang pakcik yang bekerja di sebuah Felcra di Kedah. Hasil daripada jualan kayu getahnya yang telah ditebang untuk ditanam semula, beliau memperolehi sejumlah wang yang agak banyak iaitu Rm70 ribu. Seumur hidup beliau tidak pernah memegang duit sebanyak itu. Beliau lalu mengajak seorang teman untuk bersama beliau pergi ke Agro Bank menguruskan duit tersebut ke dalam buku akaunnya.
Sampai di sana, di muka pintu bank beliau berjumpa dengan seorang kanak-kanak yang sedang memegang tabung derma. Lalu budak itu meminta derma daripada beliau lalu beliau berkata spontan, "Kejap, pakcik nak masuk dalam".
Selesai urusan bank beliau berkata kepada sahabatnya. "Kau kenal aku kan? Aku orang kampung biasa tetapi aku lebih miskin dari engkau. Aku bawa kemiskinan warisan yang diwarisi daripada ibu bapak aku. Seingat aku, aku tak pernah letak dalam tabung masjid lebih dari rm1. Tapi kali ini tuhan bagi aku rezeki lebih RM 70 ribu. Aku nak kau jadi saksi di akhirat nanti, aku nak masukkan rm10."
Sememangnya pakcik ini seorang kampung yang lurus. Lalu dia membaca bismillah lalu meletakkan sejumlah rm10 ke dalam tabung tersebut. Selepas itu, beliau pun berbual dengan budak itu. Sahabatnya berkata kepada beliau," kau sembanglah dulu, aku tunggu di kereta".
Sepuluh minit selepas itu beliau bergegas ke kereta sahabatnya. Sewaktu melintas jalan, beliau tidak perasan sebuah kereta dari sebelah kanan beliau sedang bergerak laju. Kereta itu melanggar lalu beliau melambung dan terjatuh di atas boot kereta itu. Kereta itu melanggar beliau untuk kali kedua. Beliau mati serta merta dengan memegang buku bank ditangan kanan beliau.
Kisah 2:
Kisah yang mungkin tidak pernah terfikir dan didengar oleh kita. Seorang Pakcik yang duduk di sebuah felda bersama isterinya. Memiliki dua orang anak yang baik dan mempunyai kerja yang bagus. Seorang telah berkahwin selama 11 tahun tetapi belum mempunyai anak dan seorang lagi belum berkahwin. Setiap bulan mereka akan mengirim sejumlah wang yang berjumlah seribu lebih setiap orang. Dengan kiriman wang tersebut pakcik itu tidak lagi bekerja dan mengupah orang untuk mengerjakan ladang miliknya.
Sampai masanya, ladang itu diserah milik kepada beliau. Suatu hari sebuah konsortium berminat untuk membeli tanah-tanah di felda itu dan berunding dengan penduduk felda. Akhirnya semua penduduk di tanah rancangan itu bersetuju menjual tanah mereka dan menandatangani perjanjian dengan konsortium tersebut.
Tuah diperolehi dan ladang pakcik itu dijual dengan harga RM900,000. Bukan satu jumlah yang kecil. Namun apa yang dilakukan oleh pakcik itu suami isteri? Pakcik itu membuka sebuah buku akaun semasa di sebuah bank. Seterusnya beliau suami isteri dengan kereta milik beliau pergi menjelajah dari Pahang ke Kedah. Kemudian dari Perlis ke Kelantan, Terengganu sehinggalah habis seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Apa yang dilakukan oleh beliau suami isteri? Beliau singgah di setiap masjid dan surau yang dilalui. Seterusnya berjumpa dengan AJK surau di situ lalu bertanya," Jika orang ingin berderma, atas nama apa?" Seterusnya beliau akan menulis sebuah cek yang berjumlah RM 10,000. Begitulah yang dilakukan oleh pakcik ini di setiap surau dan masjid sehinggalah akaun beliau hanya tinggal RM20,000 sahaja.
Baki itu digunakan untuk beliau suami isteri untuk mengerjakan umrah. Beliau mempunyai satu hajat yang benar-benar dihajati untuk dipohon kepada Allah. Di depan Kaabah dan Raudhah beliau bermohon dengan sungguh-sungguh." Ya Allah aku memohon satu hajat kepadaMu setelah segala apa yang kau kurniakan kepada aku. Aku bersyukur kepadaMu setelah apa yang Engkau mudahkan untuk aku. Aku telah memberi sesuatu yang Engkau kurniakan atas mudahnya segala yang Engkau berikan kepada aku."
" Hanya tinggal dua orang anak yang engkau kurniakan kepadaku. Dan ini permintaanku kepadaMu. Aku minta Engkau bahagiakan hidup mereka, bertemu dengan isteri yang baik dan mendapat anak-anak yang soleh. Aku pohon kepada Engkau agar mereka jangan menyusahkan aku dan isteriku di dalam kuburku nanti." Itu lah doa yang dipohon oleh beliau dengan bersungguh-sungguh.
Setelah pulang daripada umrah setibanya di KLIA beliau disambut oleh dua orang anak lelaki beliau. Kehairanan. Beliau bertanya di mana menantu beliau. Lalu anak lelaki beliau terus meminta beliau masuk terlebih dahulu ke dalam kereta. Lalu mereka bercerita. "Abah, kami dah bercerai". Terkejut besar. Pada masa itu pakcik itu merasakan dada beliau seperti meletup.
Beliau merintih," Ya Allah! Di mana keadilanMu? Inikah jawapanMu setelah aku bermunajat kepadaMu? Aku telah memberikan sesuatu yang paling baik di dalam hidup aku, aku minta satu saja supaya anak aku bahagia. Tapi ini jawapanMu terhadap permintaanku." Sungguh si ayah merasakan Allah itu sedang menzalimi beliau. Hampir-hampir beliau hilang pertimbangan.
Masalah itu diketahui oleh seorang ustaz lalu beliau bergegas berjumpa dengan guru beliau. Guru beliau yang mempunyai banyak pengalaman ini meminta supaya beliau dijumpakan dengan si ayah dan anak secara personal.
Apabila sampai masa yang ditetapkan maka sang ayah dan anak berjumpa dengan tuan guru tersebut. " Duhai anak, ceritakanlah sebenarnya apa yang berlaku sepanjang 11 tahun kamu berkahwin dengan isteri kamu. Beritahu perkara sebenar supaya ayah kamu mengetahui apa yang terjadi kepada kamu berdua", pinta tuan guru tersebut kepada anak pakcik itu.
Betapa sang ayah terkejut. Apa yang diberitahu oleh anak beliau betul-betul membuka mata beliau. "Duhai ayah, sebelas tahun kami bersama tetapi kami tidak pernah tidur bersama sekalipun. Kami berkahwin bukan atas suka tetapi kerana pertunangan kami diatur oleh ayah dan bapa mertua saya sewaktu di felda. Selama ini kami berpura-pura dan berlakon di depan ayah".
Kata anak beliau itu menyebabkan beliau terduduk. Langsung tidak disangka itu yang terjadi sebenarnya. Segala apa yang dilihat hanya untuk mengambil hati beliau. Lalu beliau kembali bermunajat," Ya Allah! Aku terima ketentuan dari Engkau. Tapi takkanlah macam ni...".
Akhirnya selepas 6 bulan berjauhan, sesuatu yang ajaib terjadi. Si anak begitu mengambil berat perihal bekas isterinya. Begitu juga isteri terhadap bekas suaminya. Kedua-duanya begitu mengambil berat antara satu sama lain. Sakit, pening, makan dan minum semuanya cuba diuruskan oleh masing-masing. Maka timbullah rasa rindu dan kasih. Maka timbullah hati untuk kembali bertaut dan akhirnya mereka kembali berkahwin dan hidup bersama.
Alhamdulillah, baru sahaja dua minggu lepas si ayah mendapat cucu yang pertama. Lalu sang ayah kembali berdoa," Ya Allah! Kini aku mengerti akan keadilanMu. Ampunilah aku." Di sinilah sang ayah mengerti bagaimana keadilan itu berjalan. Bagaimana dengan kita?
Benar! Cerita di atas bukannya sebuah kisah rekaan. Tetapi kisah benar sebagai renungan bersama.
Pengajaran kisah 1: Mana harta lelaki itu yang sebenar? RM 70 ribu atau RM 10 yang didermakan. Sudah tentu hanya RM10. Ini kerana harta adalah yang kita bawa pulang ke akhirat sana. Apa yang tidak boleh di bawa pulang maka dia bukan harta kita yang sebenarnya. Beruntung lelaki itu memberi RM10.
Mungkin ramai di antara kita yang mengatakan bahawa sungguh beruntung lelaki itu jika beliau mendermakan keseluruhan duit yang beliau ada iaitu sebanyak rm70 ribu sebelum mati. Itu pandangan kita sebagai orang awam - "Ish! Kalaulah dia tahu selepas itu dia mati, sepatutnya dia derma RM 70ribu.
Namun, jika dia memberi RM70 ribu tidak semestinya dia lelaki yang baik. Ini kerana berasaskan hadis-hadis sahih Rasulullah," Jangan kamu mati dengan meninggalkan anak-anak kamu sebagai fakir dan meminta-minta kepada manusia. Lelaki itu sudah membuat suatu perkara yang besar. Iaitu menamatkan kemiskinan warisan. Dia telah meninggalkan sesuatu untuk anak dan isterinya menyambung hidup.
Yang lebih bermakna, tercetus rasa untuk dia menderma sebanyak rm10 dan tidak berkira. Mungkin biasa bagi kita, tetapi pada dia amat besar nilainya rm10 itu. Disisi Allah mungkin nilai itu untuk orang seperti dia melebihi RM1 juta. Setiap rasa ada nilai di sisi Allah.
Pengajaran kisah 2: Bagaimana keadilan Allah berjalan tanpa kita memahaminya. Sesungguhnya Allah melaksanakan segala qada dan qadarnya dan ia sesuatu di luar kemampuan akal kita untuk berfikir. Semoga kita tergolong dalam manusia yang sabar dan redha dengan ujian Allah.
SAMA-SAMA SASAU..
Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!
Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.
"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.
Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! "Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"
"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.."�
"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"�
"Kan kitaorang pemain simpanan!"�
huhuhu
Mertua oh mertua..
Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..
Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
........ ......... ....
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua


Search Engine Optimization and SEO Tools





RASIONAL MAKAN DENGAN TANGAN..
Orang Melayu dan Islam makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya 'Chersonese - The Guilding Off' oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudinitu wanita tersebut lantas bertanya:
"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab":
"Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!"
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.........
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...............
BAIK TAPI TERBALIK..
KEDAI MAMAK PUNYER CERITA..
Berbeza pula dengan lelaki, yang biasanya lebih gemar memilih kedai mamak berbanding restoran-restoran Melayu. Namun, ada juga golongan perempuan yang gemar ke kedai mamak, dan ada juga lelaki yang tidak suka ke kedai mamak.
Bila bercerita tentang kedai makan, sama ada kedai mamak atau kedai melayu, ramai yang menyentuh soal kebersihan. Ramai yang lebih meragui kebersihan di kedai mamak, berbanding kedai melayu.
Sedangkan, soal kebersihan ini bukan terletak kepada kedai mamak atau melayu. Ia terletak pada sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan. Ada kedai mamak yang bersih, malah bertaraf hotel 'first class', dan ada juga kedai melayu yang 'hampeh'.
ImageSoalnya di sini, saya tidak mahu bercerita tentang kebersihan, tetapi lebih kepada 'service' kedua-dua pemilik kedai makan tersebut. Saya sendiri bukan lah penggemar kedai mamak, namun selalu juga mengikuti suami yang gemar 'mengeteh' di kedai mamak.
Satu malam, di sebuah kedai Melayu, pelayan restoran mengambil masa hampir setengah jam untuk mengambil pesanan kami. Tidak cukup dengan itu, hampir lena anak lelaki saya yang berusia 3 tahun menunggu makanan.
Seusai menghabiskan hidangan, kami terpaksa menunggu pengusaha kedai mencari wang kecil untuk memulangkan baki.
Aduhai...sudahlah mengambil order lambat, terima makanan lambat, timbul pula masalah wang kecil, yang begitu jarang-jarang berlaku di kedai mamak!
Saya perhati pula di kedai mamak. Jika kepada pelayan A kita order, pelayan yang sama juga menghantar pesanan kita. Jadi jarang berlaku kesilapan apa yang diminta. Malah, jika sudah selalu di kedai itu, mereka sudah tahu apa yang kita inginkan.
Teringat saya kata-kata seorang penceramah ketika menghadiri kursus perkahwinan empat tahun lalu..."Kadang-kadang isteri yang bertahun-tahun berkahwin masih bertanya suami, air apa yang dikehendaki. Sedangkan mamak di kedai, nampak kelibat pelanggan tetapnya, sudah tahu apa yang dicari!"
Adakalanya, bila melihat situasi seperti itu, kita akan sedar mengapa kedai-kedai mamak ini boleh 'hidup' lama, berbanding kedai-kedai melayu. Bukan tidak mahu menolong Melayu, tetapi...bagaimana ya?
II. Isu keganasan terhadap pembantu rumah asing, khususnya dari Indonesia kembali menjadi topik hangat di media massa negara. Dahulu, kita dikejutkan dengan kes Nirmala Bonat. Kini, kisah pembantu rumah yang nekad melarikan diri melalui tingkat apartment majikannya kerana didera.
Jarang kita lihat negara luar memaparkan kisah-kisah sebegini. Kenapa? Adakah perkara seumpama itu tidak berlaku? Atau media mereka tidak meng'highlight'kan kisah-kisah begitu?
Saya tidak tahu punca mengapa kes-kes ini berlaku. Kemungkinan ia berlaku disebabkan kedua-dua belah pihak. Pengalaman kawan-kawan dan saudara-mara yang mempunyai pembantu rumah atau 'maid' ini turut. membuka mata dan fikiran saya, mengapa perkara ini berlaku.
Ada ketikanya, sikap pembantu itu sendiri menyusahkan atau memualkan. Semua kerja perlu disuruh dan diberitahu bagaimana, bila, dan sebagainya.
Malah, lebih teruk lagi ada yang sengaja tidak mengendahkan permintaan majikan tanpa sebarang sebab, sambil bermalas-malasan di hadapan televisyen. Jika sudah begitu, majikan mana yang boleh tahan? Berniat menukar pembantu, berapa ribu pula diperlukan untuk tujuan itu?
ImageNamun, tidak dinafikan ada pembantu yang cukup baik, dan rajin serta menyenangkan hati. Ada di antara mereka yang begitu cekap menguruskan rumah dan anak-anak yang diamanahkan kepadanya. Tetapi, masalah terletak pula pada majikan itu sendiri.
Perbezaan budaya, adat resam dan bahasa serba sedikit menyumbang kepada salah faham yang berlaku. Lain yang diminta, lain yang diberi. Perkara seumpama itu lazim berlaku apabila membabitkan perbezaan dua buah negara.
Usah kata dua negara, jika berbeza dua negeri di Malaysia inipun boleh menimbulkan salah faham di antara keduanya. Ada ketikanya, kesilapan kecil menjadi begitu besar di mata majikan.
Di sinilah terletaknya tolak ansur antara majikan dan pembantu. Tidak ada manusia yang sempurna. Semua pihak memiliki kelemahan dan kekurangan masing-masing.
Pembantu perlu sedar mereka dibayar upah untuk apa. Tanggungjawab mereka untuk menguruskan rumah dan anak-anak majikan terletak di bahu mereka. Perlu berbesar hati menerima teguran majikan dan sentiasa sedia untuk belajar dan memohon maaf jika melakukan kesilapan.
Dalam masa yang sama, jika mereka cekap menguruskan kerja, sudah tentu majikan tidak mengalami masalah untuk berkongsi segala masalah mereka dan memberi ruang rehat yang secukupnya kepada mereka.
Begitupun majikan juga perlu sedar, pembantu mereka juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukannya robot yang boleh dikerah setiap masa tanpa henti. Kesilapan kecil mereka tidak wajar diperbesarkan.
Kepada pembantu rumah...cuba renungkan, tujuan anda meninggalkan kampung halaman adalah untuk mencari rezeki dan berusahalah sebaiknya untuk mendapatkan rezeki yang diredhai. Mungkin jika di kampung, anda tidak beroleh pendapatan begini, begitu juga sebaliknya.
Kepada majikan pula, bayangkan diri anda yang sebelum ini terpaksa membuat semua kerja-kerja rumah setelah seharian bekerja ketika tiada pembantu. Sedikit sebanyak, kehadiran pembantu cukup membantu anda dari segi ekonomi, tenaga dan sebagainya. Jika mahu bertukar pembantu, hanya kerana kesilapan keil, yakinkah anda akan memperolehi pembantu yang lebih baik dari sedia ada? Fikir-fikirkanlah...
TAK NAK DIPANGGIL "MAT INDON"!!!
Isu terbaru ialah tarian Jawa oleh iklan Melawat Malaysia dan isu hangat lagu Negaraku yang mereka dakwa adalah diciplak dari lagu Indonesia - "Terang Bulan".
Bermula dari isu Pulau Ambalat selepas itu meleret-leret pelbagai isu lain seperti penderaan amah, kebudayaan, Noordin Mat Top dan lain-lain, rakyat Indonesia ramai yang membenci Malaysia dan mereka gelar Malingsial mungkin kerana tak suka digelar INDON. Ok lepas ni kita jangan panggil diaorang Mat Indon lagi, kenapa panggil nama panjang "Mat Indonesia" . Perkataan lain seperti Mat seberang, jebeng dan sebagainya pun boleh juga asal jangan dipanggil Mat Indon. Mereka rasa sungguh terhina tak tahu kenapa. Lepas ni jangan rakyat Bangladesh pula tak suka kena panggil Mat Bangla sudahlah.
Bibit kebencian ini juga turut ditiup oleh pihak media mereka apatah lagi oleh blogger-blogger di sana. Kemuncak kemarahan mereka ialah pembakaran bendera Malaysia dan selepas itu isu baling telur busuk ke Kedutaan Malaysia.
Nampak sangat mereka seperti sudah tidak sabar-sabar lagi nak bergaduh dengan Malaysia tetapi yang peliknya kerajaan Malaysia dan rakyat Maysia tetap cool. Kita rakyat Malaysia memang tidak suka berperang apatah lagi denkegan saudara serumpun dan seagama. Kalau nak perang sangat pergilah Palestin sana melawan tentera Yahudi.
Sedangkan ramai rakyat Indonesia di sini sama-sama hidup muhibbah di Malaysia. Aku baru lepas bertarawih bersentuhan bahu dengan warga Indonesia yang bekerja di sini. Tiada dendam tiada memandang hina pun. Namun begitu kita mesti berwaspada kerana pendatang Indonesia yang datang secara halal atau haram sudah beratus ribu orang. Tidak mustahil mereka ini akan menjadi musuh dalam selimut kita.
Kerajaan mesti menyelesaikan isu ini segera sebelum api bertambah besar. Mereka provok setiap hari. Tentang tarian jawa tu bahan promosi pelancongan yang memuatkan tarian itu bukannya dibuat pihak berkuasa Malaysia mahupun agensi atau pun Kementerian Pelancongan sendiri.
“Discovery Channel juga sudah menulis surat memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar bahawa promosi pelancongan Malaysia yang dihasilkan mereka yang memuatkan tarian itu bukan dilakukan kerajaan Malaysia.
Berkenaan dengan lagu Terang Bulan (macam lambang PAS pulak) kalau betul mereka boleh membuktikan lagu Negaraku adalah ciplak, apa salahnya kita membayar royalti kepada mereka dalam bentuk derma iklas kepada ekonomi mereka dan gempa bumi yang baru melanda Indonesia semalam.Tak pun kita buat jer lagu kebangsaan yang baru. Apa kurangnya pencipta lagu kebangsaan.
Berkenaan isu kebudayaan memanglah rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang berasal dari Jawa,Bugis, Boyan Indonesia memanglah kebudayaan mereka bawa sekali. Mungkinkah kerajaan mereka mahu mengalihkan isu dalaman mereka seperti isu ekonomi membiarkan sahaja atau menyemarakkan kebencian rakyat mereka yang ketagih demonstrasi tu menghina kedaulatan Malaysia.
RAJIN-RAJINLAH KEMASJID..
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
" Kenapa? " tanya Abah.
" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi