TV3 DAH TAK ADA BERITA DAN CERITA LAIN...

Kalau tengok Buletin TV3 jam 8.00 malam separuh beritanya pasal PKR dan DAP. Bekas orang PKR bantai PKR, bekas orang DAP bantai DAP..lagi-lagi Zul Kulim. Naik menyampah pulak. Saya rasa jangan keterlaluan kerana orang macam saya makin simpati pulak dengan PKR dan DAP. Bila tengok TV3 mainkan benda tu dalam fikiran saya ini mesti kerja UMNO. Makin menyampah pulak dengan UMNO. Padahal saya bukan minat sangat dengan politik dan suka kat mana-mana parti politik.Mungkin TV3punyer telor dah kena pulas kot..

ZAID IBRAHIM MOHON JADI RAKYAT HULU SELANGOR..

Zaid Ibrahim telah dipilih oleh PKR sebagai calun dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor bagi mewakili seluruh pejuang yang berlandaskan perjuangan Melayu dan Islam tak kira dalam bidang politik atau pertubuhan NGO seperti PERKASA. ABIM, MBM, GPSM, PEGUAM MUSLIM dan sebagainya kerana Zaid Ibrahim itu adalah Melayu dan Islam.
Nama Zaid Ibrahim mudah dikaitkan dengan perjuangan Melayu dan Islam bukan kerana Zaid Ibrahim itu orangnya hebat, bukan kerana beliau adalah tokoh perjuangan Islam dan Melayu tapi kerana namanya Zaid Ibrahim itu adalah nama Melayu dan nama Islam maka tidak mudah para pengundi Melayu yang berugama Islam di Parlimen Hulu Selangor akan menolak beliau dalam pilihanraya kecil nanti.

Sudah terang lagi bersuluh sekiranya BN tidak mengubah keputusan yang telah dibuat oleh Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa calun BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor terdiri daripada orang MIC yang dengan sendirinya tidak Melayu dan Tidak Islam maka akan bertembunglah nanti calunnya terdiri daripada orang Melayu dan Islam dengan orang yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Dalam hal ini PKR telah 2 tapak kedepan dan nampaknya bukan mudah untuk BN mendapat kemenangan yang cemerlang di Parlimen Hulu Selangor nanti. Pengundi India tidak semestinya 100% akan undi calun MIC kerana mereka sudah serik dengan perangai orang poilitik MIC dan begitu juga orang Cina yang akan menunjukkan protes kepada pucuk pimpinan MCA yang berketuakan kepada orang yang rendah nilai moralnya.

Pengundi Melayu pula sedang berkobar-kobar dengan semangat perjuangan Melayu dan Islam yang menjadi pegangan kepada perjuangan hidup matinya, dan apabila calunnya melayu dan Islam maka agak payahlah pengundi Melayu dan Islam tidak akan menyokongnya. Maka kepayahan BN inilah yang akan memberi peluang yang cerah kepada Zaid Ibrahim.

MINTAK JER TENGAH ORANG GIAN NAK BAGI..

Saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk dibuat oleh rakyat Hulu Selangor sebelum hari pengundian pilihanraya kecil itu.

Di bawah adalah beberapa projek dan pembangunan untuk diminta dan dirayu oleh rakyat di sana kepada Kerajaan pusat (BN). Saya yakin kerajaan BN mesti berjanji hendak melaksanakan. Selepas mereka berjanji saya nasihatkan rakyat membuat satu dokumen akujanji antara wakil kerajaan BN dan wakil kepada rakyat Hulu Selangor sekurang-kurang tanda tangan 100 rakyat untuk memastikan kerajaan BN tidak mungkir janji.
Perkara yang mesti diminta;-

• Universiti 1Malaysia
• Hospital yang moden dan canggih
• Bandar Baru Kuala Kubu, Hulu Bernam dan Batang Kali
• Pusat Latihan Belia (IKBN) yang baru
• Kolej Komuniti
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 4 buah
• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 3 buah
• Sekolah Agama Berasrama Penuh 2 buah
• ADTEC
• Institut Latihan Perindustrian (ILP)
• Pusat Latihan Kemas setiap DUN
• Masjid Baru 3 buah
• Kuil Baru 3 buah
• Tokong Baru 2 buah
• Bayaran Bil Elektrik untuk semua rakyat maksima RM50 sebulan
• Bayaran Bil Telefon maksima RM100 sebulan
• Biasiswa untuk pelajar-pelajar dari Hulu Selangor
• Elaun untuk warga Emas RM400 sebulan
• Elaun tambahan Pegawai Masjid dibayar oleh kerajaan pusat
• Pusat Penyelidikan Pertanian setiap DUN
• Elaun untuk orang asli RM300 sebulan
• Elaun tambahan untuk pekerja ladang dan estet RM300 sebulan
• Semua anak Hulu Selangor yang lulus sekurang-kurangnya 4 subjek dibenarkan
melanjutkan pelajaran ke IPTA
• Elaun Ibu Tunggal RM500 sebulan
• Sebuah MRSM baru
• Sebuah Sekolah Teknik
• Sebuah Politeknik baru
• Sebuah Pusat Serenti
• Sebuah Kolej Matrikulasi
• Sebuah Penyelidikan MARDI

...dan lain-lain.

Pengundi Hulu Selangor saya nasihatkan buat tuntutan ini secepat mungkin kerana kerajaan memang memperuntukan bajet untuk Parlimen Hulu Selangor tanpa had bukan kerana pilihanraya kecil ini tetapi memang kerajaan BN sebuah kerajaan ikhlas dan prihatin.