ZAID IBRAHIM MOHON JADI RAKYAT HULU SELANGOR..

Zaid Ibrahim telah dipilih oleh PKR sebagai calun dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor bagi mewakili seluruh pejuang yang berlandaskan perjuangan Melayu dan Islam tak kira dalam bidang politik atau pertubuhan NGO seperti PERKASA. ABIM, MBM, GPSM, PEGUAM MUSLIM dan sebagainya kerana Zaid Ibrahim itu adalah Melayu dan Islam.
Nama Zaid Ibrahim mudah dikaitkan dengan perjuangan Melayu dan Islam bukan kerana Zaid Ibrahim itu orangnya hebat, bukan kerana beliau adalah tokoh perjuangan Islam dan Melayu tapi kerana namanya Zaid Ibrahim itu adalah nama Melayu dan nama Islam maka tidak mudah para pengundi Melayu yang berugama Islam di Parlimen Hulu Selangor akan menolak beliau dalam pilihanraya kecil nanti.

Sudah terang lagi bersuluh sekiranya BN tidak mengubah keputusan yang telah dibuat oleh Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa calun BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor terdiri daripada orang MIC yang dengan sendirinya tidak Melayu dan Tidak Islam maka akan bertembunglah nanti calunnya terdiri daripada orang Melayu dan Islam dengan orang yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Dalam hal ini PKR telah 2 tapak kedepan dan nampaknya bukan mudah untuk BN mendapat kemenangan yang cemerlang di Parlimen Hulu Selangor nanti. Pengundi India tidak semestinya 100% akan undi calun MIC kerana mereka sudah serik dengan perangai orang poilitik MIC dan begitu juga orang Cina yang akan menunjukkan protes kepada pucuk pimpinan MCA yang berketuakan kepada orang yang rendah nilai moralnya.

Pengundi Melayu pula sedang berkobar-kobar dengan semangat perjuangan Melayu dan Islam yang menjadi pegangan kepada perjuangan hidup matinya, dan apabila calunnya melayu dan Islam maka agak payahlah pengundi Melayu dan Islam tidak akan menyokongnya. Maka kepayahan BN inilah yang akan memberi peluang yang cerah kepada Zaid Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan