TV3 DAH TAK ADA BERITA DAN CERITA LAIN...

Kalau tengok Buletin TV3 jam 8.00 malam separuh beritanya pasal PKR dan DAP. Bekas orang PKR bantai PKR, bekas orang DAP bantai DAP..lagi-lagi Zul Kulim. Naik menyampah pulak. Saya rasa jangan keterlaluan kerana orang macam saya makin simpati pulak dengan PKR dan DAP. Bila tengok TV3 mainkan benda tu dalam fikiran saya ini mesti kerja UMNO. Makin menyampah pulak dengan UMNO. Padahal saya bukan minat sangat dengan politik dan suka kat mana-mana parti politik.Mungkin TV3punyer telor dah kena pulas kot..

ZAID IBRAHIM MOHON JADI RAKYAT HULU SELANGOR..

Zaid Ibrahim telah dipilih oleh PKR sebagai calun dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor bagi mewakili seluruh pejuang yang berlandaskan perjuangan Melayu dan Islam tak kira dalam bidang politik atau pertubuhan NGO seperti PERKASA. ABIM, MBM, GPSM, PEGUAM MUSLIM dan sebagainya kerana Zaid Ibrahim itu adalah Melayu dan Islam.
Nama Zaid Ibrahim mudah dikaitkan dengan perjuangan Melayu dan Islam bukan kerana Zaid Ibrahim itu orangnya hebat, bukan kerana beliau adalah tokoh perjuangan Islam dan Melayu tapi kerana namanya Zaid Ibrahim itu adalah nama Melayu dan nama Islam maka tidak mudah para pengundi Melayu yang berugama Islam di Parlimen Hulu Selangor akan menolak beliau dalam pilihanraya kecil nanti.

Sudah terang lagi bersuluh sekiranya BN tidak mengubah keputusan yang telah dibuat oleh Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa calun BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor terdiri daripada orang MIC yang dengan sendirinya tidak Melayu dan Tidak Islam maka akan bertembunglah nanti calunnya terdiri daripada orang Melayu dan Islam dengan orang yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Dalam hal ini PKR telah 2 tapak kedepan dan nampaknya bukan mudah untuk BN mendapat kemenangan yang cemerlang di Parlimen Hulu Selangor nanti. Pengundi India tidak semestinya 100% akan undi calun MIC kerana mereka sudah serik dengan perangai orang poilitik MIC dan begitu juga orang Cina yang akan menunjukkan protes kepada pucuk pimpinan MCA yang berketuakan kepada orang yang rendah nilai moralnya.

Pengundi Melayu pula sedang berkobar-kobar dengan semangat perjuangan Melayu dan Islam yang menjadi pegangan kepada perjuangan hidup matinya, dan apabila calunnya melayu dan Islam maka agak payahlah pengundi Melayu dan Islam tidak akan menyokongnya. Maka kepayahan BN inilah yang akan memberi peluang yang cerah kepada Zaid Ibrahim.

MINTAK JER TENGAH ORANG GIAN NAK BAGI..

Saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk dibuat oleh rakyat Hulu Selangor sebelum hari pengundian pilihanraya kecil itu.

Di bawah adalah beberapa projek dan pembangunan untuk diminta dan dirayu oleh rakyat di sana kepada Kerajaan pusat (BN). Saya yakin kerajaan BN mesti berjanji hendak melaksanakan. Selepas mereka berjanji saya nasihatkan rakyat membuat satu dokumen akujanji antara wakil kerajaan BN dan wakil kepada rakyat Hulu Selangor sekurang-kurang tanda tangan 100 rakyat untuk memastikan kerajaan BN tidak mungkir janji.
Perkara yang mesti diminta;-

• Universiti 1Malaysia
• Hospital yang moden dan canggih
• Bandar Baru Kuala Kubu, Hulu Bernam dan Batang Kali
• Pusat Latihan Belia (IKBN) yang baru
• Kolej Komuniti
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 4 buah
• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 3 buah
• Sekolah Agama Berasrama Penuh 2 buah
• ADTEC
• Institut Latihan Perindustrian (ILP)
• Pusat Latihan Kemas setiap DUN
• Masjid Baru 3 buah
• Kuil Baru 3 buah
• Tokong Baru 2 buah
• Bayaran Bil Elektrik untuk semua rakyat maksima RM50 sebulan
• Bayaran Bil Telefon maksima RM100 sebulan
• Biasiswa untuk pelajar-pelajar dari Hulu Selangor
• Elaun untuk warga Emas RM400 sebulan
• Elaun tambahan Pegawai Masjid dibayar oleh kerajaan pusat
• Pusat Penyelidikan Pertanian setiap DUN
• Elaun untuk orang asli RM300 sebulan
• Elaun tambahan untuk pekerja ladang dan estet RM300 sebulan
• Semua anak Hulu Selangor yang lulus sekurang-kurangnya 4 subjek dibenarkan
melanjutkan pelajaran ke IPTA
• Elaun Ibu Tunggal RM500 sebulan
• Sebuah MRSM baru
• Sebuah Sekolah Teknik
• Sebuah Politeknik baru
• Sebuah Pusat Serenti
• Sebuah Kolej Matrikulasi
• Sebuah Penyelidikan MARDI

...dan lain-lain.

Pengundi Hulu Selangor saya nasihatkan buat tuntutan ini secepat mungkin kerana kerajaan memang memperuntukan bajet untuk Parlimen Hulu Selangor tanpa had bukan kerana pilihanraya kecil ini tetapi memang kerajaan BN sebuah kerajaan ikhlas dan prihatin.

MENYERANG SEBAIK-BAIK SENJATA UNTUK BERTAHAN..

Seronok membaca kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar yang mengumumkan bahawa BN akan mengunakan pendekatan ofensif atau menyerang dalam Pilihanraya kecil Hulu Selangor 17 April nanti.

Pertempuran seminggu itu pastinya akan digunakan BN untuk menyerang Pakatan dengan pelbagai isu. Disini saya sekadar ingin berkongsi beberapa bahan, isu dan strategi yang BN akan gunakan menurut pemerhatian semasa dan semakan dibeberapa laman cybertrooper Umno-BN;

Serangan-Isu Tempatan dan negeri;

1. Noh Omar sendiri mengakui bahawa isu utamanya adalah tentang cukai tertunggak YBK dan projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, yang terletak dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.
2. Isu Kuil hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23 Shah Alam…
3. Isu keuntungan penjualan pasir di Selangor
4. Isu Ladang babi di Mukim Batu, Kuala Langat
5. Isu nama Allah dan perdebatan Khalid dan Zulkifli Nordin
6. Isu rumah urut dan penjualan arak yang kononnya dipertahankan oleh DAP-Ronnie Liu
7. Kerugian Unisel sebanyak RM 20 juta
8. Isu gambar Elizabeth Wong
9. Cadangan Menteri Besar untuk buka UiTM kepada bukan Melayu
10. Isu MB pro bukan Melayu
11. Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembab
12. Isu hubungan Pakatan dan Sultan serta cadangan mahu gunakan duit zakat untuk bukan Islam

Serangan-Isu Nasional

1. Isu Liwat Anwar Ibrahim
2. Isu Anwar Agen Yahudi
3. Pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September
4. Isu kredibiliti Tok Guru Nik Aziz-Tajaan Haji dan Balak Kelantan
5. Isu wakil rakyat Pakatan lompat keluar
6. Pendedahan wakil rakyat bebas di Parlimen dan DUN Perak
7. Isu tahap keutuhan hubungan Pakatan-PAS,PKR, DAP
8. Isu hubungan Pakatan dan Sultan Perak dalam isu rampas kuasa

Pertahanan-Isu Nasional

1. Budget 2010-perbelanjaan pembangunan prasarana termasuk sekolah, masjid surau, dan projek infrastruktur lain.
2. Program MEB-ruang pekerjaan yang lebih banyak
3. Prestasi Kerajaan Najib dan kestabilan negara selepas peralihan kuasa.

Strategi yang akan digunakan

1. Menumpukan sasaran kepada pengundi Melayu. Kalau perasan, kebanyakkan isu hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayu, sebab itulah Umno beria-ria nak bertanding sebab MIC tiada isu yang kuat. Kalau MIC bertanding, sukar Umno nak gunakan isu diatas.
2. Program 1 Malaysia dan juara rakyat akan diadakan disetiap kampung, surau, sekolah.
3. TV dan juga surat khabar semestinya
4. Jangan terkejut kalau keluar lagi buku, dan gambar tentang Elizabeth Wong.
5. Paling panas adalah VCD kes liwat Anwar-Tak Pasal-pasal seluar dalam Saiful jadi bahan kempen….
6. Wakil rakyat bebas mungkin dijemput berceramah…Zahrain dan Berahim Ali akan ambil peluang…sama ada di pentas ceramah atau dalam surat khabar.
7. Jangan terkejut kalau ada ‘ahli’ PKR atau Pakatan lain yang istihar keluar parti lagi…

Saya yakin, ada beberapa lagi isu dan strategi yang mereka sedang ciptakan. Apa jua yang mereka fikirkan, kita juga harus bersedia menjawab dan menyerang. Pertempuran pasti sengit. Peluru atau isu amat penting, tapi jangan lupa strategi. Paling penting rakyat mahu benar-benar rasa didekati. Dan Pakatan jangan ambil mudah dan over confident…

AMBIK JANGAN TAK AMBIK..REZEKI TU..

Santa Klaus sudah turun ke Hulu Selangor. Seperti juga pada Pilihanraya Umum dan Kecil sebelum ini Santa Klaus akan berjanji untuk memberikan apa sahaja kepada rakyat di kawasan yang berpilihanraya tersebut. Hanya emak dan ayah sahaja yang mereka tidak mampu beri, yang lain semuanya mereka boleh berikan asalkan rakyat menyokong BN.

Saya hairan dan pelik dengan sikap dan tindakan pemimpin BN yang tidak serik-serik walaupun tewas di semua pilihanraya kecil selepas PRU 12 kecuali di Batang Ai dan Bagan Pinang, namun mereka sedikit tidak insaf. Perangai dan sifat buruk mereka umpama Santa Klaus yang turun ke kampung dan desa berjanji untuk memberikan ole-ole kepada orang kampung. Sedangkan sebelum ini batang hidung mereka pun tidak nampak.
Lebih malang lagi janji-janji Santa Klaus ini banyak yang tidak ditunaikan lebih-lebih lagi kalau mereka tewas pada Pilihanraya tersebut. Sebelum keputusan rasmi diumumkan mereka telah cabut lari balik ke Kuala Lumpur dan rumah-rumah masing-masing kerana dan takut rakyat menuntut apa yang mereka janjikan.

Cara mereka berpolitik tidak pernah berubah dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Kalau di era 50-an dan 60-an mereka berjuang dan berkempen dan politik pembangunan kini mereka masih mengamalkan cara politik yang sama. Mereka bertindak bagaikan Santa Klaus keluar masuk kampung membuat pelbagai janji.
Saya sangkakan corak politik mereka di Hulu Selangor telah berubah kerana seringkali sebelum ini namun sangkaan saya meleset. Orang nombor 2 dalam BN, awal-awal menabur janji untuk membina empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.
Namun begitu saya yakin pengundi Hulu Selangor tidak termakan dengan politik pembangunan ala Santa Klaus ini kerana mereka faham memang kewajipan kerajaan membuat pembangunan untuk rakyat. Selain itu pengundi di sini juga sudah faham bahawa hasrat kerajaan BN untuk membuat projek tersebut hanya disebabkan adanya pilihanraya bukannya sebab lain.

Ini semua adalah rasuah politik yang sudah menjadi darah daging BN.

UNTUNGNYER JADI ORANG HULU SELANGOR

DRAMA sebabak bermula lagi. Drama tradisi UMNO ini di ulang-tayang tatkala menjelangnya Pilihan Raya Kecil yang bakal di adakan pengujung April ini di Hulu Selangor. Drama ‘meruntun jiwa’ ini melihatkan keperihatinan Najib dan kuncu-kuncunya mengadakan siri lawatan ke kawasan Hulu Selangor untuk menggamit hati setiap pengundi.

Masa inilah Najib akan melebihkan ‘adegan beramah-mesra’ pada penduduk setempat. Adegan-adegan huluran bantuan dan projek binaan bangunan sekolah dan masjid pasti menduduki carta teratas dalam drama beli jiwa rakyat hasil mahakarya UMNO/BN ini.

Adegan – adegan sampingan seperti duduk makan bersama rakyat sessi peluk-memeluk, ganding-mengandingi orang kampung, bertanya khabar dan berbagai-bagai lagi bentuk keperihatinan yang mempunyai makna terselindung merupakan antara adegan-adegan favourite dalam drama sebabak pemimpin besar UMNO yang bergelar NAJIB.

TV3 juga turut menyibukan diri memainkan peranan penting mengatur acarakan "satu Melayu, satu India dan satu Cina" bercakap menurut skrip yang disusun oleh TV3 memuji muja NAJIB berjaya menjadi Perdana Menteri 12 purnama dalam 1Malaysia-nya.

PM penuh yakin akan menawan kembali kerusi Hulu Selangor. Keyakinan yang cuba di perkuatkan semangat biarpun UMNO sedar hakikat sebenarnya mereka amat goyah dan terlalu goyah. Ingin memperkasakan lagi slogan 1Malaysia maka ura-ura dapat di lihat dengan jelas mereka ingin meletakkan calon dari MIC dalam kawasan Melayu.

PM dan delegasinya di lawatan ke Hulu Selangor, cuba meraih simpati dan perhatian rakyat dengan mencanangkan kononnya pembangkang hanya pandai berjanji tapi tidak dapat mengotakan janjinya.

Apakah PM lupa, kemudahan yang pelbagai bentuk sedang di nikmati oleh rakyat Selangor yang telah di jayakan dengan cemerlangnya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang di terajui oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengapa kemudahan yang berbagai itu tidak di laksanakan oleh kepimpinan UMNO/BN dahulu semasa mereka memerintah negeri Selangor ? Sekarang ini UMNO sedaya upaya mempelbagaikan propaganda memperselekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat demi untuk menarik perhatian rakyat Selangor untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Karenah UMNO/BN ini tidak ubah seperti orang yang gila talak. Dahulu semasa Selangor dalam genggaman mereka, rakyat Selangor di abaikan yang di utamakan hanyalah poket/akaun masing-masing. Apabila rakyat Selangor sudah bosan dengan telatah kepimpinan UMNO di Selangor, maka kuasa rakyat Selangor di pertaruhkan di PRU12 dan akhirnya membawa peralihan kuasa di negeri Selangor.

Apakah UMNO lupa mengapa scenario ini berlaku ? Tidakkah UMNO sedar-sedar lagi bahawa rakyat Selangor telah bosan/muak dengan system pentadbiran UMNO/BN yang matlamat utama mereka hanyalah kekayaan diri sendiri dan kroni-kroni kecuali kalau ada Pilihan Raya Kecil baru ada bantuan.

Apa pun, selamat mencuba nasib lagi di PRK Hulu Selangor, kita akan lihat betapa besarnya kuasa rakyat berbanding dengan kuasa yang ada ditangan Kerajaan UMNO disebalik tabir ditadbirkan oleh Jin yang diberi nama sebagai BIG MAMA.