Search Engine Optimization and SEO Tools

UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

SALAM KEMERDEKAAN KE 52..

31 Ogos 1957, suatu tarikh dimana menitisnya air mata, terungkapnya senyum kepuasan dan melahirkan rasa kepuasan kepada para penduduk Malaya ketika itu. Setelah sekian lama dijajah, tarikh inilah melepaskan Malaya dari segalanya. Setelah sekian lama bermandi darah, tarikh inilah menyucikan mereka dari warna merah darah. Setelah sekian lama penuh hiba dan takut, tarikh inilah memberi kepuasan kegembiraan kepada mereka semua.

Tarikh kemerdekaan Malaya merupakan suatu tarikh wajib yang harus diingati oleh setiap yang bergelar warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Tarikh ini merupakan suatu tarikh nostalgia dan kenangan sepanjang zaman yang seharusnya warganegara perlu sentiasa tidak alpa dan sentiasa menghayati setiap perjuangan yang telah dibuat oleh perjuang-perjuang negara untuk memastikan pada tarikh 31 Ogos 1957 itu, laungan MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! berkumandang di ruang maya Malaya ketika itu.

Bapa Kemerdekaan negara, YTM Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, seorang kaum kerabat Kesultanan Negeri Kedah telah dengan lantang dan bersemangatnya melaungkan kalimah MERDEKA di Stadium Merdeka, KL pada tarikh tersebut. Ini secara tidak langsung telah memperlihatkan bahawa kemerdekaan negara kita penuh dengan kedaulatan dan kemuliaan, ditambah dengan jasa dan pengorbanan para perjuang kemerdekaan yang mengorbankan apa sahaja demi untuk memerdekakan negara.

Negara Malaysia kian hari kian bertambah maju dan berjaya. Setelah YTM Almarhum Tuanku tidak lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tuanku telah tidak teragak-agak untuk memberi jawatan tersebut kepada YAB Dato' Abdul Razak Hussein bagi bergelar Perdana Menteri Malaysia Kedua. Dato' Razak (Tun) telah menerima jawatan berat itu dengan penuh semangat kebangsaan kerana beliau tahu bukan mudah untuk negara ini mencapai 31 Ogos 1957 tersebut. Tun Razak telah memacu negara dengan menekankan atau mengutamakan rakyat jelata agar kemerdekaan negara akan terus terbela.

Setelah kematian mengejut Tun Abdul Razak di luar negara, kemerdekaan negara telah dibela dan diperlihara oleh YAB Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia Ketiga. Tun Hussein tahu bahawa hanya dengan perpaduan rakyatlah kemerdekaan sesebuah negara itu akan dapat kukuh dan terpelihara sampai bila-bila. Oleh yang demikian, Tun Hussein telah memacu Malaysia dengan menekankan konsep perpaduan antara kaum di Malaysia agar kemerdekaan negara yang dicapai dengan penuh kemegahan pada 31 Ogos 1957 tidak akan diperbodohkan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab. Tun Hussein telah menaikkan semangat penghayatan kemerdekaan agar Malaysia negara merdeka dengan penuh kedaulatan ini tidak akan dimusnahkan atau dipermainkan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat menggantikan Tun Hussein yang tidak mampu lagi bergelar pemimpin negara ketika itu. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan Malaysia yang cukup dikagumi kawan dan lawan dari dalam dan luar negara kerana pemikiran dan strategi beliau dalam memacu negara tercinta. Tun Dr. Mahathir sedar bahawa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bukan suatu perkara yang mudah untuk dikecapi, oleh itu Tun Dr. Mahathir telah mengagaskan Wawasan 2020 sebagai hala tuju Malaysia demi memelihara kemerdekaan dan kemakmuran negara. Selama 23 tahun bergelar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah 'membina' Malaysia mengikut acuan sendiri dan telah 'membina' benteng-benteng kemerdekaan negara dari diceroboh oleh bangsa asing yang sudah semestinya kurang senang dengan kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia sehingga kini. Tun Dr. Mahathir telah berundur dari bergelar Perdana Menteri Malaysia demi meneruskan kesinambungan kemerdekaan negara terpelihara.

Tun Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia Kelima yang banyak menumpukan kepada keterbukaan dan integriti di Malaysia. Tun Haji Abdullah sedar bahawa dengan adanya keterbukaan dan keintegritian yang baik di negara ini, sesebuah kemerdekaan negara itu akan boleh dikuatkan melalui para rakyatnya yang diberi beberapa 'kuasa' dalam sistem demokrasi dan keterbukaan. Tun Haji Abdullah ingin melihat bahawa setiap rakyat Malaysia ini dihargai, pendapat mereka didengari, hak mereka dijagai dan kedudukan mereka diiktiraf oleh negara barulah kemerdekaan sesebuah negara itu akan utuh melalui rakyatnya yang memiliki 'kuasa' terhadap negaranya sendiri. Tun Haji Abdullah melihat kemerdekaan negara ini adalah sesuatu yang wajib diperlihara oleh setiap daripada rakyat jelata.

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia Keenam yang mula mengambil tampuk pemerintahan negara pada April 2009 lalu. Dato' Najib merupakan seorang yang genius dan berpandangan jauh. Beliau mengakui bahawa kemerdekaan negara suatu yang mudah untuk dikecapi tetapi amat sukar untuk dikekalkan. Oleh itu, Dato' Najib telah menggagaskan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai suatu konsep negara kearah memelihara kemerdekaan negara melalui 3 indikator utama iaitu perpaduan rakyat, kepentingan kepada rakyat dan kualiti kerja yang cemerlang. Dato' Najib melihat bahawa 3 indikator ini mampu untuk memelihara kemerdekaan negara ini dari diperdajalkan oleh pihak-pihak asing yang tidak bertanggungjawab. Dato' Najib berani dalam membuat transformasi kepada barisan kepimpinan negara dengan 'merakyatkan Yang Berhormat' atau memastikan setiap wakil rakyat atau menteri tidak lagi dilayan atau dilihat sebagai 'Raja Rakyat' tetapi perlu dilihat sebagai 'Rakan Rakyat' melalui pendekatan konsep 1Malaysia ini.

Diharapkan Malaysia tercinta ini akan terus terpelihara kemerdekaannya sehingga bila-bila kerana setiap daripada rakyat Malaysia ini tidak mahu lagi dijajah buat kali kedua, dan tidak mahu lagi ada gerakan untuk mencari kemerdekaan negara buat kali kedua. Apa yang rakyat mahukan ialah gerakan untuk mengekalkan kemerdekaan negara yang telah 52 tahun kita sama-sama mengecapinya kini. Dengan berkat Ramadan Al-Mubarak ini juga, rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan agama seharusnya bersama-sama berdoa kepada Tuhan untuk memelihara kemerdekaan negara kita dan bersama-sama bersatu hati, bersama sejiwa sebangsa untuk mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia bagi 52 tahun akan datang iaitu ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-104 suatu ketika nanti disambut dengan penuh keseronokan, kesyukuran dan ungkapan TERIMA KASIH ATUK DAN NENEKKU yang memelihara kemerdekaan Malaysia ini. Berilah hadiah kemerdekaan negara kita kepada cucu cicit kita dengan selesa dan warna warni.


'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'



Search Engine Optimization and SEO Tools

REHATKAN MINDA..

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

ISTIMEWANYA JADI PEREMPUAN..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

Sekian

* Article ini dikirimkan melalui e-mail. Menarik untuk dikongsi bersama.


Wallahu ‘Alam



Search Engine Optimization and SEO Tools

KADANG KALA BERTENGKAR NI BAGUSS..

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

PENYOKONG PAS VS PENYOKONG UMNO

Memperkatakan antara kedua-dua penyokong parti politik terbesar orang melayu PAS dan UMNO begitu jauh dari segi kesetiaan dan kesediaan berkorban untuk parti.

Semangat perjuangan yang ada pada pemimpin PAS sudah kukuh tertanam dalam jiwa penyokongnya. Kehadiran penyokong PAS dalam semua ceramah-ceramah atau perjumpaan apa saja adalah ikhlas demi untuk memberi sokongan penuh kepada pemimpin-pemimpin mereka.

Berlainan pula halnya dengan UMNO, penyokongnya menyokong pemimpin-pemimpinnya kerana untuk mendapat ganjaran dan habuan sahaja. Dan sebaliknya pemimpin-pemimpinnya juga mengharapkan sokongan dengan memberi ganjaran dan habuan pula. Inilah yang di namakan oleh mereka 'politik wang' - bukan rasuah. Pemimpin UMNO cuma berjuang untuk berkuasa, setelah mendapat kuasa mereka mengaut harta kekayaan negara pula. Kalau kita perhatikan, semua pemimpin-pemimpin UMNO bermula dari ketua cawangan nya sahaja sudah jadi kaya raya.

Saya bukanlah dilahirkan daripada keluarga politik dan tidak juga berkawan dengan ahli politik. Tetapi saya membesar dikampung yang begitu kuat parti UMNO bertapak dan seperti ramai penyokong UMNO berkata letak calon "batang pisang"pun UMNO boleh menang. Seolah-olah tiada satu kuasa pun yang dapat menidakkan kekuasaan dan pengaruh UMNO.

Saudara mara dan kroni pemimpin UMNO semuanya diberi keutamaan seperti tanah kurnia, biasiswa, mengerjakan umrah, bantuan kerajaan untuk berniaga dan macam-macam lagi. Kalau tak percaya cuba periksa senarai penerima yang saya sebutkan dalam sesebuah kampung. Itu yang membuatkan saya begitu benci dengan UMNO..oops bukan dengan UMNO tetapi pemimpin-pemimpinnya diperingkat kampung.

Sehinggakan pada pagi sebelum PRU 12 yang lepas kami yang balik dari daerah luar dan dijanjikan duit minyak untuk mengundi dikampung. Adalah seorang Mamat ni (bukan calang-calang kerjayanyer..) bertanya kepada ketua cawangan UMNO di kampung berkenaan duit minyak tersebut..macam ni lebih kurang bunyinyer..tahun ni tiada peruntukan..mereka bertanya lagi..tapi orang kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur bukan saja tambang free, bas disediakan percuma, duit kocek lagi dan macam-macam yang diorang dapat tok..dengan muka yang penuh angkuh dan sombong dia menjawab..kalau kamu nak macam tu jadilah orang kelantan..kat sini tak buat buat macam tu pun UMNO boleh menang..tup tup keputusan malam tu kedua-dua calon parlimen dan adun lingkup. Tak pernah terjadi macam tu. Selalunya calon pembangkang hilang wang pertaruhan. Dalam hati aku padan muka dan aku pun tidur dengan hati yang puas malam tu.

Rakyat hari ini sudah banyak yang bijak dan sedar akan perbuatan buruk pemimpin-pemimpin UMNO ini. Selepas PRU12, kita telah menyaksikan kekalahan UMNO dalam semua PRK di Semenanjung Malaysia.

Harapan saya kepada pemimipin-pemimpin UMNO fikirkanlah dan muhasabah diri sebelum generasi muda meninggalkan jauh hati mereka dari UMNO.

KESAHNYE.. PENGANTIN BARU..

Dalam keheningam malam penuh syahdu, ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yg lain - paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati a ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?""Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham.

Taulah apa nak buat malam ni!"Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah..nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban...Ramli mencuba lagi."Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!

"Moral cerita :Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..

HAHAHAHA....

RAMADAHAN DATANG LAGI..SENYUM LA..

Uban

Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah

Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya

Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis kah?"

Cermin Mata

dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.

"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.

"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.

" Ala , mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.

"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham

Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .

"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham

Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka... Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9..00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..

Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Suami Terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan. .

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

BULAN RAMADHAN DATANG LAGI..

Persiapan menghadapi bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak

Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.

Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.

Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.

Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.
Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.
Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat.
Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.

TAK HABIS2 ASYIK PILIHANRAYA..

Permatang Pasir umpama janda yang sangat cantik, menjadi tumpuan dan idaman lelaki. Untuk mendapatkannya berbagai teknik dan tektik digunakan oleh sang lelaki. Tetapi itu kisah janda..Tetapi pilihanraya kecil ni untuk mendapat dan untuk memenanginya sekurang-kurangnya faktor penting yang perlu diambil kira adalah isu semasa, soal parti dan latar belakang calon. Sekiranya ketiga-tiga faktor ini diuruskan dengan baik, maka lebih mudahlah untuk mencapai kejayaan.

Walaupun faktor tersebut tidak menjaminkan kejayaan, sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan sesuatu kempen sesebuah parti dalam keaadaan bertahan yang mana ia sangat-sangat perlu dielakkan sewaktu pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil yang menjadi fokus seluruh negara.

Dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir yang sedang berjalan sekarang, Barisan Nasional berhadapan dengan cabaran untuk menjelaskan isu calonnya Rohaizat Othman yang disenaraihitamkan oleh Majlis Peguam. Lawannya PAS memposisikan isu ini sebagai persoalan kredibiliti dan ia adalah sesuatu yang harus diselesaikan sebelum hari pengundian.

Isu-isu berkaitan dengan calon perlu diselesaikan dalam beberapa hari pertama kempen. Sekiranya ia berlarutan melebihi separuh tempoh berkempen, ia akan dilihat sebagai satu isu yang sukar dirungkai. Dalam hal inilah, maka sekiranya Barisan Nasional gagal menjelaskan isu ini dengan baik, maka ia akan menjejaskan peluang parti itu untuk menang pilihanraya kali ini.

Selepas PRU12 lalu, harapan masyarakat untuk parti-parti politik menentukan bahawa calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri mempunyai latarbelakang yang baik meningkat secara mendadak. Isu yang menghantui bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin sehingga membawa kepada perletakan jawatannya dan juga Ronnie Liu di Selangor adalah bukti betapa rakyat semakin bersikap "demanding" terhadap kualiti calon.

Parti-parti politik sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat tidak boleh memandang enteng faktor kualiti calon. Dengan kewujudan rangkaian sosial (social network), sukar untuk seseorang calon menyembunyikan latarbelakangnya yang kurang baik. Sementara setiap parti politik akan berusaha menentukan ia menampilkan calon terbaik, ada kalanya saringan yang dilakukan belum cukup sempurna.

Selain sejarah peribadi dan akhlak, calon juga harus mempunyai kemampuan intelektual yang baik, mampu berkomunikasi dengan hebat (sama ada di media massa atau dalam hubungan perorangan) dan mempunyai rekod perkhidmatan kepada masyarakat.

Maka di sinilah letaknya keperluan kepada seseorang ahli politik untuk "mengukur baju di badan sendiri" dan menolak tawaran pencalonan sekiranya beliau boleh menjadi liabiliti kepada parti!

POLITIK - 1 KAN MALAYSIA????

Kebelakangan ini kita dapat perhatikan bahawa politik negara kita telah banyak berubah dan ianya berlaku secara drastik. Seperti biasa setiap perubahan yang berlaku itu ada nilai baik dan buruknya, cuma segalanya terpulang kepada kita bagaimana kita akan menerimanya dan menyerapkannya dalam kehidupan seharian kita.

Tidak ada kajian terperinci dibuat, namun segala ini adalah berdasarkan pemerhatian dan perbincang bersama kawan-kawan serta maklumat dari orang ramai, maka rumusannya adalah seperti berikut; Para politikus nampaknya semakin matang dan bijak sedangkan para penyokong jadi semakin bebal dan taksub.

Para politikus semakin pandai mengambil sebarang kesempatan dan memanupulasikan sebagang keadaan. Kerana itu sebarang isu semasa akan dijadikan modal politik mereka untuk meraih sokongan. PAS dan para ulamak politikus mereka sentiasa mengambil kesempatan menggunakan isu agama bagi tujuan tersebut. Sehingga mereka itu sanggup mengeluarkan beberapa fatwa yang terang-terang songsang dari segi akidah, antaranya mengkhafirkan orang UMNO, sembahayang berimamkan orang UMNO tidak sah, mengundi PAS masuk syurga dan lain-lain lagi. Dan ulamak politik ini kelihatan berjaya mempengaruhi sebahagian masyarakat sepertimana kejayaan Ayah Pin pengaruhi pengikutnya dalam membina kepercayaan mengenai kerajaan langit. Nik Aziz = Ayah Pin.

DS Anwar adalah antara tokoh politik yang benar-benar hidup diatas isu. Beliau sangat pandai mengeksplotasikan sebarang keadaan untuk mendapatkan simpati dan sokongan. Siapalah DS Anwar jika tanpa isu kontroversi? DS Anwar mampu satukan PAS dan DAP dalam satu surau atau kuil dan tokong sehingga PAS yang jelas memperjuangkan Islam mampu bersama DAP yang jelas menentang Islam. Kerana itu kita tidak hairan apabila dalam isu 'beer bukan arak' di Selangor, para pemimpin dan ulamak politik PAS tidak berani membuka mulut sambil tangan memeggang telor masing-masing.

Lihat pula beberapa politikus lain yang juga sudah pandai mengambil kesempatan dalam memberikan lakonan yang menarik bagi menagih simpati masyarakat yang bebal dalam politik ini. Lihat bagaimana wong chuan how mengelak dari dikenakan tindakan SPRM dengan mendakwa dia dikasari, dan terbaru di Permatang Pasir seorang tokoh politik India menggunakan teknik 'auta keling'nya mendakwa dipatahkan oleh Polis sedangkan terdahulu dia telah menempeleng seorang pegawai polis. Dan yang malangnya adalah penyokong-penyokong pembangkang ini percaya bahawa mereka itu masih betul dan benar. Mereka adalah sebahagian dari pengikut yang taksub dan bebal tahap terlampau.

Kita cuma berharap dalam pada para politikus negara semakin bijak pandai, janganlah penyokongnya menjadi semakin taksub dan bebal kerana ini tidak akan membantu kita membina 1 Malaysia yang maju dan aman damai.

Jikalau keputusan PRK Permatang Pasir kelak masih memihak kepada PR, maka jelaslah ini adalah petanda bahawa rakyat jadi semakin bodoh, bebal dan taksub dalam politik.
Bijaksana dalam pelajaran dan kehidupan bukan bermakna bijak juga dalam politik, kerana itulah kita dapati walaupun individu tertentu dari kalangan professional namun ada antaranya juga terpengaruh dengan Kerajaan Langit Ayah Pin yang nyata songsang dan tidak masuk akal.

Dunia akhir zaman; yang penipu, pembeli akan dipandang mulia sedangkan yang jujur dan setia dipandang hina. Yang mengambil kesempatan untuk mengugurkan tuduhan kes liwatnya dianggap pembela sedangkan yang berjuang mengurus dan mentadbir negara dicaci. Ada otak tapi tak ada akal.

SPRM - KENAPA JADI PENAKUT???

Apa nak jadi dengan SPRM nie!! Sebelum ni bukan main dia punyer bos jadi pendekar. Belum dakwa lagi dah putuskan orang yang kena siasat bersalah. Yang nie sorang lagi. Apabila Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdul mengarahkan agar semua siasatan terhadap orang politik dibekukan serta-merta, orang ini sebenarnya melanggar sumpahnya tatkala hari pertama menjawat jawatan yang disandangnya.

Takutnya terhadap 'orang politik' mengatasi segala-galanya. Barangkali elok kalau dia balik ke kampung dan tanam ubi kayu supaya dia tidak dipersalahkan oleh mana-mana pihak lagi. Kalau dah namenya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kerjanya tentulah bersangkutan dengan rasuah. Tak kiralah orang biasa ker, orang politik ker ker, orang kerajaan ker semuanya kena siasat. Cuma yang rakyat dok tengok sekarang nie SPRM jangan memihak, berkecuali dan berintergriti.

Walau apa pun alasan yang diberikan, dia wajar menutup mulut, menulis surat dan kemudian menyerahkan jawatannya untuk disandang oleh orang lain yang lebih amanah, jujur dan ikhlas ketika menjalankan tugas tanpa perlu takut kepada mana-mana pihak.

Mujurlah dia hanya di dalam SPRM, bayangkan kalau orang ini berada di barisan hadapan tentera sewaktu musim perang... silap-silap, terus diserahkan pasukan dan apa yang dipertahankan oleh tentera-tenteranya kepada pihak musuh dengan alasan, 'tidak mahu ditekan dan dipersalahkan oleh mana-mana pihak politik'.

HARGAILAH NIKMAT KEMERDEKAAN!! MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA

Ogos sudah pun melewati usia 15 hari, namun suasana yang dapat kita lihat, sama juga dengan bulan-bulan yang lain. Seperti tidak ada apa yang istimewa. Hairan juga ya, mengapa hal sedemikian boleh berlaku dan disaksikan. Saya ingin bertanya, berapa ramaikah di kalangan kita yang sedar bahawa kita sudah pun mencapai usia kemerdekaan yang ke-52.

Saya sempat bertanya kepada beberapa pelajar mengenai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini. Jawapan yang diberikan hanyalah dengan wajah yang tersengih-sengih sebagai tafsiran bahawa mereka sebenarnya tidak tahu menahu akan hal tersebut. Dan, sebagaimana yang dijangka, ramai yang menjawab “tidak tahu”. Saya bertanya pula kepada anak-anak muda yang berjawatan, atau dengan maksud lain berpelajaran. Malangnya, jawapan yang diberikan hampir sama.

Adalah amat tidak adil jika saya merumuskan bahawa semua pelajar dan anak mudah kita tidak mengetahui mengenai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini. Bagaimanapun, cukuplah jika saya katakana bahawa saya amat bimbang ia akan menjadi budaya baharu anak-anak muda kita yang akhirnya Hari Kemerdekaan disambut di dalam selimut atau berehat di tempat-tempat peranginan sahaja.

Saya juga tidak mampu menyembunyikan perasaan bimbang dan risau saya mengenai sikap anak-anak generasi selepas merdeka seperti itu. Kemerdekaan bagi mereka bagaikan tidak mempunyai nilai dan seolah-olah kemerdekaan yang dicapai 52 tahun yang lalu adalah sesuatu yang percuma.

Amat tidak memadai jika kita mengharapkan mereka ini memahami sejarah hanya melalui buku di sekolah. Mereka mesti terus diberikan pendedahan, diberitahu dan digambarkan bahawa kemerdekaan yang kita capai itu adalah hasil perjuangan nenek moyang mereka yang mempertaruhkan harta dan nyawa dengan negara dan kita semua.

Kadangkala apabila kita terlalu banyak berpolitik, atau kita berpolitik sepanjang masa, maka inilah akibatnya. Perkara itu juga sebenarnya telah menyumbang kepada betapa semangat patriotik di kalangan masyarakat kita sendiri sebenarnya makin susut. Kita sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit semata-mata untuk terbabit dengan demonstrasi jalanan – satu kegiatan yang tidak bermaruah - namun kita berkira untuk membuat sesuatu atas nama erti sebuah kemerdekaan.

Semoga kita mampu berfikir secara rasional dan menolak sebarang elemen yang boleh menggadai maruah negara kita … Merdeka!.

DUNIA AKHIR ZAMAN BAH!!

GENTASNYA segala perlakuan yang dulu dianggap menjengkelkan tetapi di akhir zaman ini sudah boleh diterima. Bila foto lucah dianggap milik peribadi dan laporan polis mempertahankan maruah pula tidak lebih dari satu hak ekslusif untuk menutup kelemahan diri.

Ketika membaca rententan detik peristiwa Farawahida-Julfekar. Amelina-Ravi, foto 'bogel' Mawi, isu londeh seluar anggota band Indonesia memprotes bom di Jakarta dan banyak lagi, terdetik di hati tua ini siapakah di antara mereka yang berkata benar dan apakah cerita di sebalik cerita.

Namun bukan hak kita untuk menghukum mereka. Yang penting semua peristiwa di depan mata cukup untuk memberi pengajaran bagi kita.

Bila usia semakin meningkat, nilai berita yang dituntut lebih dari yang dapat dibaca oleh mata kasar. Jika dapat, sub teks dan hikmah kenapa dan mengapa ingin terus dicari.

Terlintas juga.... agak-agaknya berapa banyak ketepatan fakta yang tertera di dalam artikel yang dihidangkan. Dan Kakak Tua percaya, seberani mana pun pihak media, masih ada lagi sifat keperimanusiaan untuk tidak terus mendedahkan keburukan secara keseluruhan.

Namun, lidah manusia itu senantiasa tidak bertulang justeru akan ada suara sumbang yang akan terus mempersalahkan media dan akan dilabel 'jahat' bila artikel yang dikeluarkan tidak senada dengan apa yang mereka inginkan.

Walaupun sekadar menulis untuk memberi iktibar dan pengajaran, bukan semua yang dapat menerima.

Ada saja hati yang tidak sedap mula persoalkan motif. Mencelah pula pihak bijak pandai lagi bistari, seolah dapat menyelam hati manusia dan terus membuat tafsiran nawaitu artikel tersiar. "Tentu saja ada niat jahat dan malice..." kata mereka.

Kebenaran akan datang juga dan semua prasangka dan persepsi buruk pihak-pihak tertentu ini akan dipandang sepi. Sememangnya sensitiviti itu amat sukar diukur.

Apa yang dianggap sensitif oleh satu pihak, tidak pula dianggap sedemikian oleh pihak lain. Kehidupan 'bermasyarakat' menuntut kita bersabar, bertoleransi dan berkompromi.

Walaupun begitu, seandai kita ni jenis yang mudah terasa dan mudah sensitif sekalipun, salah laku dan kemungkaran tidak boleh dianggap mudah.

Dan menuduh orang yang tidak sealiran dengan puak yang berjiwa sensitif sebagai kolot dan ketinggalan zaman adalah tidak tepat.

Manusia bisa terkhilaf, kalau tidak masakan 'buah amra disangka kedondong' dan sukar sekali menyatukan orang yang berbeza pendapat tidak ubah seperti hendak kepal pasir kering sampai bila pun tidak mungkin.

Kakak Tua rasa kagum bila membaca sepotong mesej "Induk semang" di laman Twitter "Lets move on..." (maksudnya kurang lebih lupakan saja dan teruskan kehidupan). Pesanan itu ditulis oleh seorang penulis tersohor berbangsa Cina dan beragama Kristian yang terpanggil untuk mengulas tentang perselisihan pendapat tentang satu isu akhir-akhir ini.

Banyak kebenaran yang tersemat dalam pesanan itu. Walaupun datang dari orang yang bukan seagama, kemuliaan pesanan itu cukup besar ertinya bagi mereka yang mahu mendengar.

Mudahnya kita memulakan sengketa sedangkan hidup ini begitu singkat sekali. Dan bila terfikir, nyawa ini sekilas 'kelipan mata' mengapa masih mahu bersengketa dan menyemat kebencian. Tidak ada siapa yang sempurna dan tiada jiwa yang kekal.

Siapa yang benar dan siapa yang salah bukan kita yang layak menghukumnya. Dan dalam keghairahan menegakkan prinsip dan 'kebenaran' kita menghina pula pihak yang satu lagi. 'One man's meat is another man's poison'....jadi tidak perlulah sampai bermasam-masam muka, hina menghina dan saling menjatuhkan hanya sekadar satu perbezaan pendapat. Sebenarnya, perbezaan pendapat itu adalah satu hikmah. Telinga saja pura-pura mendengar tapi hati tertutup tidak guna juga.

Sikap yang ditonjolkan pula adalah cermin peribadi kita. Kalau asyik bertelingkah saja, sampai bila pun jiwa kita tidak akan aman.

SELSEMA BABI - JANGAN KITA DIJANGKITI GILA BABI SUDAHLAH..

KESIHATAN RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCEGAHAN DIUTAMAKAN.

Saya cukup bimbang dengan kedudukan jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) ketika ini.

Saya bersyukur kepada Allah kerana sehingga ini masih ramai rakyat Malaysia bebas daripadanya tetapi apakah ada jaminan bahawa jangkitan serius tidak akan berlaku?

Memang beberapa langkah sudah diambil seperti pemantauan di pintu masuk utama negara, penutupan sekolah dan sebagainya. Tetapi ternyata ia bukan langkah muktamad menangani wabak sepenuhnya.

Yang pasti penutupan sekolah, universiti menyelamatkan kawasan berkenaan tetapi bukan kawasan perumahan atau kampung yang diduduki oleh pelajar yang terdedah dengan virus itu.

Musim perayaan akan semakin hampir menjelang akhir tahun. Banyak perayaan pelbagai kaum akan berlangsung. Tentunya jika tiada usaha mengawalnya dengan serius, virus akan terus merebak.

Di negara kita sehingga kini, dua wanita warga emas dan seorang lelaki penghidap diabetes adalah antara tujuh korban terbaru akibat Influenza A(H1N1) di negara ini, menjadikan jumlah kematian 51 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tujuh kematian tersebut berlaku pada 7 Ogos (satu), 10 Ogos (dua) dan empat kematian pada 11 Ogos.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata selesema babi adalah ancaman serius kepada negara.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Bagi saya dan mungkin sesetengah orang yang melibat wabak ini membimbangkan sedangkan kerajaan seperti ‘sambil lewa’ mendekati persoalan ini.

Apabila masyarakat semakin takut dan bimbang tentang diri, anak-anak dan keluarga sedangkan kerajaan bagaikan ‘tidak boleh diharap’, mereka akan melakukan apa sahaja.

Pada ketika ini ada klinik yang mengiklan vaksin menentang atau melindungi orang ramai – pastinya harganya mahal – kerajaan pula nampaknya hanya menasihat tanpa suatu rancangan menyeluruh.

Bukan semua berkemampuan sedemikian.

Bagi yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan vaksin atau rawatan awal di hospital swasta. Bagaimana pula mereka yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman?

Berapa ramaikah yang akan mati kerana tidak mampu mendapatkan rawatan awal? Apakah kita hanya mahu berserah kepada Allah?

Sebelum ini, sudah ada pihak mengemukakan pertanyaan apakah virus tersebut merupakan ancaman keselamatan negara dan bukan lagi ancaman keselamatan insan (human security) sahaja, bagi saya ia kini ancaman keselamatan negara.

Majlis Keselamatan Negara perlu membuat pendirian segera. Jelas kini kerajaan hendaklah mengisytiharkan ia sebagai ancaman keselamatan negara seperti ancaman dadah.

Ambillah saranan dan amaran bahawa "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh dua tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet ia amat menakutkan.

Penyakit ini bukan untuk yang miskin sahaja tetapi juga yang kaya. Presiden Costa Rica turut dijangkiti penyakit sedemikian. Oscar Arias, 68, yang juga pemenang Hadiah Keamanan Nobel, didapati positif Jumaat lalu, dijangkiti virus itu yang menjadikannya ketua negara pertama yang didapati menghidap selesema babi.

Di Malaysia, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dimasukkan ke hospital selepas disahkan dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) dan kini semakin pulih.

Kita doakan mereka yang sedang dirawat akan pulih dan Allah menjauhi kita daripada wabak ini.
Oleh kerana ia boleh dibendung, kerajaan perlu menyedarkan rakyat agar mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap virus ini.

Yang menyedihkan sejauh ini mereka yang tidak langsung mempunyai kemampuan ke luar negeri paling ramai mengidapnya. Dan kini jelas, kes bukan lagi berpunca daripada virus import.

Berapa lamakah lagi kerajaan akan melakukan pengisytiharan darurat untuk membendungnya. Apakah kita perlu menunggu kepada angka tertentu umpamanya 100, 200 atau 500 yang mati kerananya?

Walaupun ada pihak cuba menafikan wabak ini mendatangkan kesan atau implikasi kepada ekonomi negara seperti sektor perkhidmatan dan perlancongan, jelas jika keadaan semakin tidak terkawal, industri pelancongan tempatan juga akan merosot.

Saya mencadangkan supaya kerajaan dan Kementerian Kesihatan melaksanakan usaha membendungkan wabak ini bukan kerana kepentingan politik (termasuk kenyataan politik) tetapi melihatnya sebagai kepentingan awam, keselamatan dengan kepentingan negara.

Saya amat yakin pada ketika ini, Menteri, Timbmulai bimbang untuk turun ke hospital atau klinik yang merawat penyakit berkenaan untuk membuat lawatan atau pemeriksaan.

Selain itu, kerajaan perlu mencari jalan supaya rakyat mendapat perkhidmatan memuaskan di hospital kerajaan seperti klinik swasta dalam konteks mendaptkan vaksin atau kemudahan khidmat yang lain dengan caj yang berpatutan.

Pemakaian topeng muka hendaklah dianggap wajib dan bekalannya mencukupi. Kerajaan perlu bertindak jika ada topeng muka dijual dengan harga yang tinggi.

Kerana itu saya merayu dan memohon kepada Kementerian Kesihatan agar cara mengawal untuk meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar kempen membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.

Saya bersetuju dengan pandangan supaya dilakukan pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam.

Ini kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama i dia demam.

Kerajaan perlu sediakan peruntukan segera untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.

Tidak ada gunanya mengumumkan siapa yang mati atau sebab-sebab mereka dijangkiti kerana mereka ada beberapa risiko sama ada diabetes, tekan darah tinggi, penyakit jantung, imuniti rendah atau penyakit kongenital.

Apapun, harga mencegah lebih murah daripada harga merawat.

Sebelum lebih ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa, tumpukanlah kepada wabak ini ketika ini daripada melayani ‘wabak politik’ yang tidak ada penghujungnya.

Jika wabak sudah tidak boleh dikawal, dengan orang-orang politik pun boleh mati.

Mereka sewajarnya mati jika tidak menendahkan wabak ini namun rakyat yang tidak berdosa dan menjadi pengundi seharusnya dijaga.

Silap haribulan, penyakit selesma babi ini akan menjadi isu pilihan raya.

Pada ketika itu doa pelindung diri untuk orang politik sudah tidak berguna lagi.

Apabila ini berlaku, pada ketika itu orang politik termasuk Menteri dan anggota Kabinet bukan sekadar bingung dengan selesma babi ini tetapi akan menjadi GILA BABI.

SOLAT 5 WAKTU - BANYAK KELEBIHANNYA..

TERAPI SOLAT PULIHKAN MATI PUCUK - PAKAR UM

Kajian saintifik menunjukkan masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Berita gembira itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
Beliau berjaya mengurangkan tahap mati pucuk dua lelaki selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya.


Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang bermasalah perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.
"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zuhur untuk tujuan terapi itu.
"Setiap pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik. Kami sedang kaji kedudukan mana di dalam solat paling banyak menyumbang ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kajian Fatimah itu sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik UM mengenai kebaikan solat kepada tubuh badan manusia hasil cetusan idea Abdullah pada 2005.
Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Menjelaskan mengenai terapi solat, Fatimah berkata, lelaki yang bermasalah akan dipasang sejenis alat khas untuk mengesan ketegangan zakar sewaktu mereka tidur.

Katanya, seorang lelaki normal akan mengalami ketegangan zakar antara tiga hingga enam kali sewaktu tidur selama 10 minit dengan isipadu ketegangan 200 peratus.
"Ada dua pesakit telah berjaya mengurang dan memulihkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan mengalami sedikit ketegangan.
"Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik.
"Ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda,"

APA NAK JADI NI!!

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 51 telah berlangsung di Kuala Lumpur bertempat di PWTC. Yang dok jadi persoalannya sekarang aku tengok peserta lebih ramai dari penonton. Ni yang aku dok heran ni..masa demontrasi hapuskan ISA tempohari berduyun-duyun pulak yang datang. Yang capik datang bertongkat..yang pendek terlompat-lompat..maaf ler peribahasa pun aku dah tak berapa ingat..

Cuma nak cerita jer termasuk aku pun sama tak pernah hadir pun majlis tilawah tu...
Memang tidak berdosa pun kalau tak pergi tengok, bukan itu yang aku hendak dok cerita sekarang ini, tetapi aku melihat benda ini dalam ruang lingkup yang lebih besar….persoalannya, adakah kita semakin jauh dengan Al-Quran?

Masa aku kecik dulu aku ingat lagi sekitar awal tahun 80-an dulu, tilawah Al-Quran begitu menyentuh perasaan sebab ia diadakan pada bulan Ramadhan, tapi sekarang ni macam dah tak ada "feeling". Munkin iman aku pun dah mula menipis agaknya. Masa tu, jangan haraplah aku nak tukar channel dari RTM1 ke RTM2 (waktu tu dua channel jer). Bahkan sekali tu ayah bawa kami sekeluarga buat rombongan pergi Stadium Merdeka untuk kami pergi tengok.

Nama-nama seperti Hj Ismail Hashim, Ustazah Faridah Mat Saman dan Hajjah Rogayah Sulong memang meniti dibibir atok dan nenek kita, diaorang ni kira ‘champion’ lah, pendek kata kalau dunia hiburan, macam Mawi ngan Siti Nurhaliza, memanjang juara!

Ramai orang kata penganjur perlu buat pendekatan yang lebih menarik untuk tarik orang…contohnya dengan mengundang penyanyi solo dan kumpulan-kumpulan nasyid yang popular dari luar negara seperti Sami Yusuf, Dawud Wharnsby Ali dan Zain Bikha yang cukup popular di negara Barat

Entahlah aku pun tak tahu, tapi mungkin betul juga…tak salah ubah pendekatan sikit dalam mempromosikan tilawah ini

Sebenarnya sama ada disedari atau tidak, apa yang terjadi di pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa baru-baru ini merupakan refleks kepada diri kita sendiri actually

Mengaku sajalah iman kita masa ni dah senipis kulit bawang..opps sori..

SANTAPAN SEMANGAT

'Pagi sapu sampah, tengah hari cuci tandas dan malam jadi jaga. Demi sesuap nasi, saya redha.'

Itulah antara pengalaman terbaik, hikmah Allah mengajar saya, agar menyelami dan menyelusuri pahit maung, kehidupan insan mencari rezeki halal di sisi Tuhan. Izinkan saya merakamkan saat-saat bangkit selepas tersungkur...

Hidup ini ada pasang-surut. Tak lepas ujian demi ujian melintasi. Ada masa di atas, sekali-sekala di bawah. Sihat dan ada waktu jatuh sakit. Begitu juga manusia, ada yang suka, tidak kurang juga yang benci dan mencerca. Watak-watak dan aksi-aksi ini, merupakan mata pelajaran yang tiada di dalam kelas dan kuliah tetapi sering kali disebut dalam kitab Allah.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Namun semua itu, baik yang kecundang atau tersungkur bukanlah pengakhiran kehidupan. Teringat, sewaktu menganggotai kadet tentera sekolah, slogan Renjer 'Agi Idup Agi Gelaban' - "selagi hidup, selagi berjuang" menjadi prinsip saya, menangkis cabaran mendatang.

Tahun 1999, saya berkelana dan merantau ke Johor Bahru, berkhidmat sebagai jurujual - salesman demi menampung kehidupan mencari rezeki. Selama setahun berada di kedai-kedai milik majikan saya yang diberi nama Galeri Perdana, satu di Kota Raya dan satu di Giant, Plentong yang menjual tulisan khat atau 'frame' ayat-ayat al-Quran ukiran kaca.

Selama itu jugalah saya 'bergelumang' menjadi jurujual sepenuh masa dari setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 9.30 malam. Kerja saya kemudiannya berterusan sehingga hari Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti umum Malaysia.

Mencari sesuap nasi

Ada kalanya, cukup memenatkan, bosan dan tiada 'life'. Tatkala melihat rakan-rakan atau orang lain mempunyai masa 'enjoy' mereka, saya terperusuk di kaki kedai untuk sekian lamanya. Tetapi itulah harga bagi sebuah kesabaran, secubit pendapatan buat pengalas perut.

Kesabaran tidak terhenti setakat itu, tetapi diuji dengan karenah pelanggan aneka 'warna' dan ragam.

Suatu hari saya pernah dijerkah, ditempik dan dimaki seorang pelanggan di tengah orang ramai atas kesalahan yang bukannya berpunca daripada saya. Iyelah, tak salah dia, sebab barang yang dia pesan tak muncul-muncul, walaupun telah dibayar harga sepenuhnya.

Lalu, ilmu yang cebis, saya manfaatkan sebaiknya. Saya panggil, lantas minta dia duduk dengan tenang, sambil mengusap belakangnya sedikit. Ya, jika sedang berdiri, minta dia duduk supaya hilang marahnya. Tak silap ada hadis tentang itu.

"Pakcik, apa boleh saya bantu? Pakcik ceritakanlah baik-baik, supaya senang saya bantu," kata saya dengan nada yang santun.Barulah reda marahnya dan mencebiskan segala-galanya. Di penghujungnya, dia minta maaf kerana berkasar dengan saya.

Ujian kesabaran itu bersambung lagi apabila, setiap malam, setelah pulang daripada berkerja, majikan akan bertanya pula, berapakah jualan yang telah saya dapat pada hari ini. Tekanan cukup tinggi, mesti ada barang yang dijual hari-hari.

Bukan sesuatu yang mudah untuk menjual frame ayat-ayat al-Quran ukiran kaca yang berharga antara RM750 sehinggalah mencecah RM3,000. Tak percaya?

Ada ketika, tatkala dibakar terik mentari saya tuju rumah ke rumah sambil menggendong beberapa buah khat al-Quran itu. Ada masa saya dihalau dan selalunya tidak dilayan. Apa boleh buat jurujual seperti saya, sering di pandang negatif.

Pernah sekali itu di Masai, Johor, saya mendengar jeritan kanak-kanak di dalam rumah sehingga jiran-jiran semua menjenguk di tepi jendela rumah mereka.

"Mak, orang jahat datang....!"

Rupanya sikecil itu memanggil saya 'orang jahat' dan tanpa fikir panjang, saya terus buka 'langkah seribu' meninggal rumah tersebut sebelum keadaan menjadi bertambah kelam-kabut.

Ada juga saya buat kerja di 'luar kotak' fikiran. Selalunya orang menjual buah durian, air atau bantal kekabu di tepi jalan tetapi kali ini saya menjual khat-khat ayat al-Quran dengan harga tertampal RM880.00 di tepi simpang jalan utama. Banyaklah kereta yang berhenti dan terperanjat dengan tindakan 'gila' saya ini.

Itulah antara mehnah-mehnah yang saya lalui selama 365 hari. Ada kalanya rasa muak dan nak muntah namun demi mencari sesuap nasi, saya gagahkan jua.

Lazimnya, bagi menenangkan hati untuk berdepan dengan pelanggan, jualan dan majikan, setiap hari, saya cebiskan masa sekadar cuma 10 minit untuk membaca satu dua helaian al-Quran, senaskah kecil yang sering saya bawa ke mana-mana.

Walaupun sedikit rasanya dan hanya sekelumit doa setiap pagi, tetapi Allah itu Maha Penyayang.

Alhamdulillah, dari segi jualan secara puratanya, ada sahaja pelanggan yang membeli setiap hari. Tidak pernah menjangkau selama tiga hari, saya tidak dapat menjual apa-apa.

Di penghujung tahun, atas kesabaran yang dilalui peluh, perit, jerih dan sakit, saya berjaya meraih jualan sejumlah RM280,000 selama setahun bertugas sebagai jurujual.

Tanpa diduga, syarikat jualan telah memanggil saya kembali bertugas ke Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Pengurus Operasi Zeq Holdings Bhd. Syarikat ini masih lagi beroperasi sehingga kini, menjadi pereka bentuk hiasan dalaman untuk masjid dan kediaman.

Daripada Hero ke Zero

Semua ini, kerja Allah. Allah yang menggerakkan hati manusia dan Dia jugalah menampakkan segala-galanya. Ya, buatlah kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, tanpa perlu menunjuk-nunjuk, kerana Allah itu kan ada, yang amat mengetahui susah senang hamba-Nya.

Inilah masa saya di puncak. Selama setahun, bergegas saya ke sana ke mari, cuti entah ke mana, waktu makan tak tentu masa dan rehat sepicing saja.

Itu semua gara-gara demi mencapai matlamat jualan RM 1 juta untuk sekitar Lembah Kelang namun sekadar mampu mencapai RM250,000 sahaja. Bukan kerja saya seorang, tetapi dibantu oleh pasukan pengurus jualan dan jurujual yang lain juga.

Genap setahun, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menjalankan perniagaan sendiri, diberi nama Exzeq Trading. Asasnya produk yang sama, menjual khat al-Quran ukiran kaca, sambil berkerjasama bersama seorang kawan bernama Azman Abdullah.

Pada tahun pertama, kami berjaya 'menggapai' bintang. Saya sewa tapak pameran, dan perniangaan sangat-sangat menguntung. Kami rasa 'mewah' seketika. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, tahun berikutnya perniagaan saya mula 'lemas' kewangan.

Waktu itu, musim gawat. Tidak ramai yang sanggup berkorban untuk membeli barangan hiasan rumah seperti khat al-Quran yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit ini. Lebih baik mereka menampung kehidupan dan melapikkan perut yang kosong.

Sampailah ke penghujung tahun, perniagaan saya jatuh 'tersungkur'. Sungguh kecewa dan rasa putus asa kemudian menjelma. Dari atas saya naik, kemudian jatuh merudum.

Lalu saya kutip semangat yang jatuh berkecai satu - persatu dan saya cuba memupuk hati yang lara. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana saya masih mendapat hidayahnya.

Bayangkanlah dalam keserabutan itu, pelbagai idea-idea iblis menjelma, seperti merompak, mencuri, menipu, buat kerja-kerja kotor seperti jual dadah atau paling mudah membunuh diri.

Itulah jalan cepat untuk kaya dan jalan cepat untuk mati. Nasihat-nasihat itu, alhamdullillah tidak pernah saya ikuti dan termakan oleh nurani.

Dalam kecundang, saya memanjatkan doa bertali arus, sama deras dengan air mata membasah pipi. Mohon kepada Illahi, agar menolong diri ini, daripada tersembam ke bumi dan tidak bangkit lagi.

"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Tanpa memilih kerja dan malu di muka, saya memohon, bekerja di sebuah Resort sederhana sebagai pekerja am. Dengan berbekalkan gaji RM680.00 sebulan, saya redha dan cuba menahan diri.

Daripada pengurus, berniaga sendiri akhirnya kembali menjadi kuli. Daripada 'Hero ke Zero' semula. Daripada ada, kembali kepada kosong. Daripada di puncak, kini di curam, saya redha kerana ini ujian untuk saya. Dan saya mesti bangkit dan terus bangkit lagi!

Saya ketepikan rasa malu dan tabahkan hati. Ya, sebenarnya perasaan malu tidak dapat memberi apa-apa makna dalam hidup apatah lagi memberi kita segumpal wang untuk meneruskan kehidupan.

Selaku pekerja am, saya berkerja dari awal pagi menyapu sampah-sarap dan membuang daun-daun kering di seluruh resort. Menjelang tengah hari saya perlu mencuci tandas, bilik air dan membuat kerja-kerja mengemas bilik penginapan - 'house keeping' pula.

Betulkan katil, ganti cadar lama ke cadar baru. Vakum dan mop lantai sekurang-kurangnya 20 bilik. Pastikan jamban tidak tersumbat dengan aneka sampah dan najis, itulah kerja hakiki saya.

"Biarlah susah, Allah kan ada. Janji halal dan tak susahkan orang.

"...yang penting...dapat tampung susu anak," pujuk rayu hati saya agar air mata ini tidak tumpah.

Paling mencabar dan tidak tahan, ketika membuat kerja-kerja kebun seperti mencangkul di waktu bulan puasa. Ada sekali, saya dan rakan sekerja diarah mengorek tanah, seluas kolam kecil di kala tengah hari.

Saya sudah hampir-hampir berbuka, tak tahan rasanya. Rakan saya juga turut 'meracun' nafsu, apabila bersedia untuk membeli sebotol air sejuk bergas di kedai.

Akhirnya, saya ambil keputusan, merebahkan diri di tepi tanah itu untuk melepakkan mata, kerana kepenatan yang amat sangat. Dan alhamdulillah, lena dan tidur kurniaan Allah itu, tidak jadi saya berbuka puasa, termasuk rakan saya.

Tidak cukup dengan itu, ada pelanggan yang memandang sinis, merenung mata dan mengarah membabi-buta, lantaran tugas saya hanya sekadar kuli.

"Tak ada air panas ke resort ni? Saya hari-hari mandi air panas tau. Sekarang saya nak awak masak dan jerangkan air panas untuk saya!" kata seorang peserta kursus yang menginap di resort ini. Itu hanya satu, daripada 1,000 ragam yang saya temui setiap hari.

Daripada Zero ke Hero

Kerja saya pula tidak terhenti selepas jam 5.00 petang.Saya kembali pula ke resort pada 11.30 malam untuk menjadi pengawal keselamatan pula, untuk mendapat sedikit wang tambahan sebagai upah.

Bermula tengah malam sehingga subuh hari. Nyawa adakalanya terancam dan malam hari sering diganggu dengan bunyi-bunyi misteri sehingga esok hari.

Kini saya faham -sangat perasaan watak-watak yang berkerja sebagai kuli ini. Allah beri saya secebis ilmu, untuk selami denyut nadi, rakyat marhaen kepada saya. Mereka juga ada jiwa dan rasa. Mereka juga dilahirkan manusia.

Ada masa mereka juga turut tersinggung apabila dihina dan tidak diberi perhatian. Setiap kali menyapu, hati akan sayu bila melihat, orang membuang sampah sesuka rasa.

Tiap kali mencuci, rasa pedih di hati melihat manusia membuang najis merata-rata. Dan tiap kali mengawal dan menjadi jaga, saya rasai debaran di hati mereka, yang resah menanti musuh yang tiba-tiba menerpa.

Dari situ, saya belajar untuk tidak menghina sesiapa pun, baik tutur, baik warna kulit, baik agama atau apa jua perkerjaannya, saya hormati, kerana mereka mencari rezeki yang halal, sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak dikasihi.

Jangan cerca dan caci mereka, mereka juga manusia seperti kita, hanya membuat kerja yang diarah semata.

"Azamin, sudah sampai masanya awak berhenti dan mencari peluang kerja yang lebih baik kerana awak mempunyai potensi besar di luar sana.

"Di sini, awak tidak akan berkembang ke mana-mana dan kerja ini tidak sesuai untuk awak," kata penyelia saya, Encik Anuar suatu pagi membuatkan hati terasa sebak yang amat.

Lebih menyayat hati, Tuhanku, Allah tidak pernah meninggalkan saya, apatah lagi ketika saya benar-benar menderita. Allah sentiasa mendengar keluh kesah hati.

Dengan izin dan bantuan Tuhan, saya menapak kembali dari "Zero menuju ke Hero" semula, berdikit-dikit walaupun sakit...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Tidak lama selepas itu, Allah mendorong gerak langkah untuk saya sebagai jurujual di laman web Harakahdaily. Ringkas cerita, ujian melintasi saya, yang kemudiannya diserapkan sebagai wartawan selama tiga tahun.

Tiga tahun itu juga, dari utara selatan, timur barat dan dari bandar ke desa saya tuju menimba ilmu kewartawanan, di samping berhadapan dengan 2,001 macam mehnah dan watak manusia.

Sehinggalah Disember tahun lalu, ujian kembali menduga apabila saya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Harakahdaily sehingga kini.

Dan kini ujian demi ujian terus 'menyambar' dan menusuk saya, dan saya akan terus bangkit dan bangkit lagi!

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmat-Nya.

Selagi hayat dikandung badan, selagi ibu perlukan kasih anak, selagi isteri dambakan cinta suami, selagi cahaya mata mahukan belaian ayahnya dan susu untuk perutnya.....selagi itulah saya akan terus bangkit ...!

Sama ada daripada 'zero ke hero', atau 'hero ke zero', Allah sentiasa di sisi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Izinkan saya berundur diri, sampai masa ketemu lagi...