PENYOKONG PAS VS PENYOKONG UMNO

Memperkatakan antara kedua-dua penyokong parti politik terbesar orang melayu PAS dan UMNO begitu jauh dari segi kesetiaan dan kesediaan berkorban untuk parti.

Semangat perjuangan yang ada pada pemimpin PAS sudah kukuh tertanam dalam jiwa penyokongnya. Kehadiran penyokong PAS dalam semua ceramah-ceramah atau perjumpaan apa saja adalah ikhlas demi untuk memberi sokongan penuh kepada pemimpin-pemimpin mereka.

Berlainan pula halnya dengan UMNO, penyokongnya menyokong pemimpin-pemimpinnya kerana untuk mendapat ganjaran dan habuan sahaja. Dan sebaliknya pemimpin-pemimpinnya juga mengharapkan sokongan dengan memberi ganjaran dan habuan pula. Inilah yang di namakan oleh mereka 'politik wang' - bukan rasuah. Pemimpin UMNO cuma berjuang untuk berkuasa, setelah mendapat kuasa mereka mengaut harta kekayaan negara pula. Kalau kita perhatikan, semua pemimpin-pemimpin UMNO bermula dari ketua cawangan nya sahaja sudah jadi kaya raya.

Saya bukanlah dilahirkan daripada keluarga politik dan tidak juga berkawan dengan ahli politik. Tetapi saya membesar dikampung yang begitu kuat parti UMNO bertapak dan seperti ramai penyokong UMNO berkata letak calon "batang pisang"pun UMNO boleh menang. Seolah-olah tiada satu kuasa pun yang dapat menidakkan kekuasaan dan pengaruh UMNO.

Saudara mara dan kroni pemimpin UMNO semuanya diberi keutamaan seperti tanah kurnia, biasiswa, mengerjakan umrah, bantuan kerajaan untuk berniaga dan macam-macam lagi. Kalau tak percaya cuba periksa senarai penerima yang saya sebutkan dalam sesebuah kampung. Itu yang membuatkan saya begitu benci dengan UMNO..oops bukan dengan UMNO tetapi pemimpin-pemimpinnya diperingkat kampung.

Sehinggakan pada pagi sebelum PRU 12 yang lepas kami yang balik dari daerah luar dan dijanjikan duit minyak untuk mengundi dikampung. Adalah seorang Mamat ni (bukan calang-calang kerjayanyer..) bertanya kepada ketua cawangan UMNO di kampung berkenaan duit minyak tersebut..macam ni lebih kurang bunyinyer..tahun ni tiada peruntukan..mereka bertanya lagi..tapi orang kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur bukan saja tambang free, bas disediakan percuma, duit kocek lagi dan macam-macam yang diorang dapat tok..dengan muka yang penuh angkuh dan sombong dia menjawab..kalau kamu nak macam tu jadilah orang kelantan..kat sini tak buat buat macam tu pun UMNO boleh menang..tup tup keputusan malam tu kedua-dua calon parlimen dan adun lingkup. Tak pernah terjadi macam tu. Selalunya calon pembangkang hilang wang pertaruhan. Dalam hati aku padan muka dan aku pun tidur dengan hati yang puas malam tu.

Rakyat hari ini sudah banyak yang bijak dan sedar akan perbuatan buruk pemimpin-pemimpin UMNO ini. Selepas PRU12, kita telah menyaksikan kekalahan UMNO dalam semua PRK di Semenanjung Malaysia.

Harapan saya kepada pemimipin-pemimpin UMNO fikirkanlah dan muhasabah diri sebelum generasi muda meninggalkan jauh hati mereka dari UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan